Bukan saja-saja islam larang pengikutnya makan babi, ini sebabnya ramai bukan islam baru tahu

Comments · 1101 Views

Namun, adakah anda tahu mengapa? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.
Jika dilihat pada konteks global, daging babi merupakan daging yang kedua terbanyak permintaannya

Berdasarkan daripada statistik yang dikeluarkan oleh OECD Agricultural.

 

Menurutnya, pada tahun 2018, pengambilan daging ini menceah 1.3 kilogram per kapita, 1.9 kilogram per kapita lebih rendah berbanding dengan pengambilan daging ayam.

Bukan saja-saja islam larang pengikutnya makan babi, ini sebabnya ramai bukan islam baru tahu

Di Malaysia, pengambilan daging tersebut berada pada 5.4 kilogram per kapita, jauh lebih rendah daripada pengambilan daging ayam. Ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor harga, kebolehdapatan dan kepercayaan agama, di mana pengambilan daging babi dianggap sebagai larangan (haram).

Jadi mengapa ada larangan untuk makan daging babi, ya? Kebanyakan kajian mengaitkannya dengan kecenderungan untuk mendapat jangkitan parasit dan kencing manis jenis 2. Namun, di sini, penulis ingin menyenaraikan faktor binatang itu sendiri sebagai punca mengapa daging ini tidak sesuai untuk dijadikan hidangan.

Babi tidak mempunyai kelenjar peluh? Mitos.

Perpeluhan merupakan proses fisiologikal penting bagi mengekalkan suhu badan yang ideal. Proses penyejatan air peluh daripada permukaan kulit menyebabkan kesejukan badan dan pada masa yang sama, berperanan untuk membuang toksin dalaman. Mereka yang tidak berpeluh terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya.

Terdapat mitos yang mengatakan bahawa binatang tersebut tidak mempunyai kelenjar peluh.

Fakta itu salah. Mereka mempunyai kelenjar peluh namun bilangannya sedikit berbanding dengan saiz badan mereka. Fungsi utama kelenjar tersebut adalah untuk membuang toksin. Jadi bagaimanakah caranya mereka mengekalkan suhu badan normal?

Mereka menggunakan lumpur sebagai alternatif kepada proses penyejukan badan melalui perpeluhan.

Jika anda pernah ternampak mereka berkubang atau berguling-guling di atas lumpur, tingkah laku itu membantu mereka untuk menyejukkan badan. Ia seperti anda menggunakan kipas tangan pada musim panas. Babi sebenarnya suka kepada kawasan lumpur yang bersih.

Namun, bagi sekumpulan binatang tersebut yang diternak di ladang-ladang atau kilang, ia ditempatkan di ruangan yang sangat sempit. Ini membuatkan kawasan perkubangan mereka menjadi terhad dan kebiasaannya, lumpur yang digunakan bercampur dengan najis dan muntah mereka sendiri.

Jika hendak dibayangkan betapa banyaknya bahan buangan mereka, 5,000 ekor babi boleh menghasilkan najis bersamaan dengan 50,000 orang yang tinggal di bandar. Kawasan buangan inilah kadangkala menjadi tempat mereka menyejukkan badan.

Namun tidak semua tinggal seperti itu. Babi seperti Kurobuta, diternak di kawasan persekitaran yang kurang tekanan dan diberi makanan berasaskan bahan-bahan organik. Mereka merupakan “wagyu” dalam kalangan binatang tersebut.

Disebabkan oleh keadaan tempat tinggalnya yang diternak di kawasan kilang itu kebiasaannya kotor, mereka mudah mendapat penyakit kulit dan jangkitan kulat. Kebarangkalian yang tinggi ini menggalakkan penternak untuk menggunakan antibiotik bagi memastikan kesihatan binatang ternakan tersebut berada pada tahap yang optimum.

Secara teorinya, penggunaan antibiotik secara meluas ini bukan sahaja boleh menggalakkan tumbesarannya dengan cepat, ia boleh melahirkan spesies bakteria kebal antibiotik yang mampu mengancam kesihatan populasi manusia secara umum.

Kajian yang dibuat oleh Julia Osterberg pada tahun 2016, telah mendapati bahawa, babi yang diternak di dalam kilang mempunyai spesies bakteria E. Coli yang kebal dengan antibiotik Ampicilin, Tetracyclin, Trimethoprim, Sulphonamide atau Streptomycin. Bakteria tersebut boleh kebal terhadap 1 atau lebih antibiotik.

Oleh sebab harga daging babi organik adalah sangat mahal, majoriti masyarakat memakan daging babi yang diternak di kilang. Ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mendapat bakteria kebal antibiotik tersebut.
Risiko jangkitan parasit

Walaupun jangkitan parasit pada binatang tersebut telah menurun secara mendadak sejak 20 tahun yang lalu, babi (termasuk babi organik) masih terdedah kepada jangkitan tersebut.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), walaupun banyak langkah boleh diambil untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, binatang ternakan tersebut masih terdedah kepada jangkitan jika mempunyai sentuhan secara terus dengan rodensia yang lain.

Rawatan pencegah kepada jangkitan ini boleh mencecah 80% daripada perbelanjaan keseluruhan penternakan babi membuatkan ramai penternak yang enggan melaburkan wang mereka.

Pengguna yang membeli daging babi yang mempunyai jangkitan ini terdedah kepada risiko penyakit trichinosis jika daging tersebut tidak dimasak dengan betul. Simptom seperti jangkitan mata, bengkak mata, fobia cahaya, kelesuan dan sakit otot merupakan tanda-tanda awal kepada penyakit ini.

CDC menggalakkan pembekuan daging tersebut sebelum dimasak secara teliti bagi memastikan parasit tersebut telah terbunuh.

Jika anda merupakan individu yang makan daging babi, pastikan anda memasaknya dengan teliti untuk tujuan kesihatan secara menyeluruh. Ini sama sahaja dengan mereka yang kerap memakan daging binatang ternakan lain namun babi mempunyai risiko jangkitan yang tinggi disebabkan oleh faktor persekitarannya.

Nota penafian: Artikel ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada masyarakat umum berkenaan dengan sebab yang berkemungkinan menjadi tunjang mengapa babi tidak boleh dimakan. Penulis tidak berniat untuk menidakkan, mengutuk, menggalakkan atau melarang amalan pemakanan individu terlibat.

BACA:Maggi pun aku tak mampu beli. Aku sampai terpaksa tebalkan muka pergi mintak makanan free dekat restoran dekat dengan rumah aku”

Sumber

Comments