Paus Leo XIV gesa gencatan senjata di Timur Tengah

Kommentare · 542 Ansichten

CASTEL GANDOLFO: Paus Leo XIV (gambar) semalam menyeru gencatan senjata di rantau Timur Tengah, dengan mengatakan lebih sejuta orang telah dipaksa meninggalkan rumah mereka dan menggesa pihak-pihak yang bertelagah supaya mengadakan rundingan.

“Saya ingin memperbaharui seruan saya untuk gencatan senjata, bekerja demi keamanan, bukan dengan senjata tetapi dengan dialog,” kata paus kepada wartawan ketika beliau meninggalkan kediamannya di Castel Gandolfo, luar Rom, menuju ke Vatican.

“Kebencian semakin meningkat, keganasan semakin teruk dan lebih sejuta orang telah dipindahkan, dengan ramai yang terkorban,” katanya.

“Kami mahu berdoa untuk keamanan, tetapi saya mengajak semua pihak berkuasa benar-benar berusaha untuk berdialog.”

Leo XIV, paus Amerika pertama, telah berulang kali mengecam perang dan menyeru kepada dialog.

Namun, paus itu berhati-hati dalam kenyataannya sejak serangan AS-Israel ke atas Iran yang mencetuskan perang pada 28 Februari, dengan mengelak daripada menamakan mana-mana pihak dalam kecaman dan seruannya untuk keamanan. 

Kommentare