Wanita menangis ditawar gaji RM1,600 kerja di Kuala Lumpur walaupun miliki ijazah saujana muda “Baik aku balik kampung”

Comments · 642 Views

“Baik aku balik kampung”- Wanita menangis ditawar gaji RM1,600 kerja di Kuala Lumpur walaupun miliki ijazah saujana muda. Selepas selesai graduasi, bermulalah kehidupan alam dewasa buat para siswazah yang mana menantikan panggilan kerja daripada syarikat swasta atau kerajaan.

Namun, penawaran gaji pula masih menjadi pendebatan sehingga ke hari ini kerana ada syarikat sedia memberi gaji rendah kepada individu yang tidak mempunyai pengalaman berkerja.

Baru-baru ini , tular di media sosial mengenai satu video memperlihatkan seorang gadis yang berkongsi hanya ditawarkan gaji pemulaan sebanyak RM1,600 untuk jawatan graphic designer walaupun dia memiliki ijazah sarjana muda.

Gadis itu berkata, gaji yang berjumlah RM1,600 ini tidak setimpal dengan ijazah yang dia miliki lebih-lebih lagi berkerja di Kuala Lumpur padahal gaji pekerja retail jauh lebih tinggi meskipun hanya memegang sijil SPM.

Basic graphic design RM1,600 hidup kat KL, hangpa rasa aku nak hidup macam mana? Tapi ak pergi interview retail dapat basic RM3,000, luahnya.

Menurutnya, walaupun tiada pengalaman bekerja dalam bidang retail, dia masih diberi gaji RM3,000 namun bekerja sebagai pereka grafik yang tiada pengalaman hanya ditawarkan gaji permulaan RM1,600.

Aku ada ijazah.. basic RM1,600 sebab aku tak ada pengalaman. Aku buat retail tak ada experience juga basic aku still lagi RM3,000 berlandaskan SPM. Tu pun tak tengok sangat result aku. Baik aku balik kampung, katanya lagi.

https://x.com/bckupacc99/status/1752879436108857556?s=20

Sementara di ruangan komentar, rata-rata netizen berpendapat gaji tersebut tidak berbaloi kerana kos hidup semakin tinggi. Mereka turut memberi cadangan kepada gadis itu untuk berkerja sendiri sebagai freelance sebagai pereka grafik untuk mengumpul pengalaman.

Baik aku balik kampung- Wanita menangis ditawar gaji RM1,600 kerja di Kuala Lumpur walaupun miliki ijazah saujana muda

Baik aku balik kampung- Wanita menangis ditawar gaji RM1,600 kerja di Kuala Lumpur walaupun miliki ijazah saujana muda

Ada individu juga yang mendedahkan bahawa realiti bidang pereka grafik memang biasa menerima gaji rendah. Tetapi dengan portofolio yang bagus, anda boleh meminta gaji yang lebih tinggi dalam beberapa tahun kemudian.

Comments