Pusat pelacuran perlu ada untuk warga asing' - Rosyam Nor

Comments · 480 Views

Kuala Lumpur : "Pusat pelacuran ini perlu," kata pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan pusat pelacuran perlu ada di negara ini bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing.

Rosyam yang berkata demikian menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel semalam menyifatkan ia perlu ada untuk 'kemudahan' warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri masing-masing di negara mereka.

"Sekarang ini pendatang yang datang ke negara ini ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di negara kita. Isteri semua tinggal.

"Namanya pun lelaki. Kalau dia tak, tak apa, faham maksud saya? Tak keluarkan (hubungan kelamin dengan pasangan), dia nak 'tonjol' kat mana?" katanya.

Menurut Rosyam, kekangan itu akan menjurus kepada perlakuan jenayah seperti rogol dan sebagainya.

"Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu. Silap-silap, dia rogol anak dara kita. Dia boleh jadi sampai ke tahap itu sebab benda ini kan bermain dengan (fikiran).

"Mereka pun pun duduk di sini, malam-malam tak ada kerja, tengok benda sama juga. Tengok porno juga. Jadi, bila ada rumah pelacuran itu, sekurang-kurangnya mereka pergi bayar di sana," katanya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadinya dan meminta penonton untuk menilai sendiri.

"Itu pandangan saya secara peribadi. Tapi, anda fikirlah sendiri. Mungkin saya salah, mungkin saya betul," katanya.

Dalam pada itu, kenyataan Rosyam itu menyaksikan ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan komen bercampur baur.

Ada yang menyokong pendapat Rosyam dan ada juga yang menolak dan menganggap dia sebagai seorang yang tersasar jauh.

"Perlu untuk tambahkan dosa dan tempah tiket ke neraka," tulis seorang netizen.

"Bahaya pandangan Rosyam ini. Masalahnya adalah pendatang-pendatang lelaki itu. Membenarkan kelab (tempat) hanya akan menambah lebih banyak masalah," tulis seorang lagi netizen.

"Itu pentingnya iman seorang suami untuk bimbing isteri dan anak-anak. Ajar anak dengan penuh keimanan. Iman itu tiang agama," komen pembaca.

Comments