Majlis Perniagaan Amerika Syarikat dan Asean bincang peluang perniagaan di Sabah

Comments · 32 Views

KOTA KINABALU: Delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS) -Asean diketuai Duta Besar AS ke Malaysia Brian McFeeters bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk membincangkan peluang perniagaan di Sabah di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

McFeeters merupakan Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantau Majlis Perniagaan AS-Asean diiringi Pemangku Pengarah Urusan Serantau dan Ketua Perwakilan Negara– Malaysia, Tina Jamaluddin dan AssociateMalaysia, Travel and Tourism Ethan Rozario.

Delegasi terdiri daripada wakil konglomerat iaitu Pengurus Komunikasi Bell Textron Asia Pasifik, Eugene Tan; Pengurus Hal Ehwal Awam Komunikasi dan Kelestarian Coca-Cola Wan Ahmad Syazwan Mohamed; Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Akses Pasaran Medtronic Malaysia Aida Basri; Pengarah Hal Ehwal Luar Philip Morris Malaysia Shahrul Azhar Shaari dan Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Kelestarian Zuellig Pharma Azeem Shah Mashood Shah.

Turut hadir, wakil Invest Sabah Berhad diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Dr Firdausi Suffian.

Comments