Tidak menang nombor ekor, patung sembahan dicabut janggut

Comments · 592 Views

Dipercayai kerana tidak menang nombor ekor, patung sembahan Datuk Kong di sebuah taman di Negeri Sembilan di sini dicabut janggutnya oleh individu tertentu, lapor Sin Chew Daily.

KUALA LUMPUR – Dipercayai kerana tidak menang nombor ekor, patung sembahan Datuk Kong di sebuah taman di Negeri Sembilan di sini dicabut janggutnya oleh individu tertentu, lapor Sin Chew Daily.

Akhbar tempatan itu melaporkan patung sembahan Datuk Kong di sebuah pondok Taman Cempaka Bahau, Negeri Sembilan didapati janggutnya dicabut dan ditinggalkan, malah sebuah patung kecil di sebelahnya juga hilang.

Dipercayai ada individu yang gagal mendapatkan nombor ekor daripada patung sembahan itu lalu melepaskan geram terhadap patung itu.

Menurut penduduk tempatan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berdekatan merakamkan seorang penunggang motosikal yang mencurigakan muncul di kawasan terbabit dan meletakkan motosikalnya di hadapan pondok itu sebelum insiden vandalisme berlaku.

Penduduk berkata, penunggang motosikal itu kelihatan mabuk dan tidak menjawab soalan ketika ditanya. – The Merdeka Times

Comments