Lelaki maut akibat tersepit leher di pintu ATM

Comments · 236 Views

Seorang lelaki dilaporkan maut apabila lehernya tersepit pada pintu masuk sebuah bank dalam satu insiden di Kota Kemuning hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim,  kira-kira jam 7.29 pagi tadi, pihaknya telah menerima maklumat oleh orang awam berhubung kejadian.

Kata Mohd Iqbal, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta terbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin pengeluaran automatik (ATM) bank tersebut.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati mangsa dilihat berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk pada jam 11.48 malam.

“Pada 12.01 tengah malam, pintu ‘shutter’ ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu shutter dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada jam 6 pagi,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

Comments