Bomba Dihina 'Tak Berguna' Ketika Operasi Kebakaran di Sandakan

Yorumlar · 789 Görüntüler

SANDAKAN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dilaporkan berdepan cemuhan dan kata-kata kesat ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, awal pagi Ahad.

 
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai menjerit, menyuruh anggota bertugas beredar serta melabel mereka tidak berguna sebaik jentera tiba di lokasi. Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal selepas anggota Polis Diraja Malaysia campur tangan meleraikan situasi.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung berkata, insiden seumpama itu bukan perkara luar biasa dan sudah menjadi antara cabaran rutin pasukan.
 
Menurutnya, anggota bomba tidak mengambil hati sebaliknya memahami tekanan emosi mangsa yang berdepan detik cemas.
 
“Keadaan seperti ini sudah biasa kami lalui. Kami faham mangsa berada dalam situasi tertekan, jadi kami maafkan dan anggap ia sebahagian daripada cabaran tugas,” katanya.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kebakaran besar memusnahkan sekitar 1,000 rumah di kampung berkenaan. Operasi pemadaman turut berdepan kesukaran berikutan laluan masuk yang sempit.

kredit :
https://www.facebook.com/borneonmania/
Yorumlar