Kebajikan rakyat terus diberi perhatian

Bình luận · 450 Lượt xem

KENINGAU: Seorang pesakit di Kampung Meraragang, Apin-Apin menerima bantuan kerusi roda daripada Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor pada Jumaat.

Bantuan itu disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Janerowery Januarius Bundoi, bersama Pemaju Mukim Apin-Apin, Henly Bianus kepada Cathrine Kimbor mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Ayub.

Turut menyaksikan penyerahan itu ialah Pengerusi JKKK Kampung Meraragang, Chelorian Joseph.

Menurut UPPM, bantuan berkenaan bertujuan memudahkan pergerakan pesakit serta mengurangkan beban keluarga dalam penjagaan harian.

Inisiatif itu mencerminkan pendekatan kepimpinan berasaskan tindakan yang menekankan penyampaian bantuan secara terus kepada rakyat, khususnya di kawasan pedalaman.

Bình luận