COVID-19: Subvarian Omicron HK.3 dan JN.1 Dikesan Kini Di Sarawak

Comments · 446 Views

KUCHING -- Jangkitan COVID-19 membabitkan subvarian Omicron HK.3 dan JN.1 dilaporkan telah dikesan di beberapa kawasan di Sarawak.

Memetik laporan, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Masyarakat (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dr David Perera hari ini.

Jelasnya, subvarian Omicron dominan yang dikesan adalah HK.3 dan JN.1 masing masing dengan peratusan setinggi 26 peratus dan 49 peratus.

"Sampel ini dikenal pasti terutamanya di kawasan Kuching dan Samarahan dengan beberapa kes dari Sibu," maklumnya.

Beliau berkata demikian dalam satu laporan pemantauan kes positif COVID-19 hari ini.

Tambahnya, keberadaan data yang terhad menjadikan Subvarian Omicron di kawasan lain di Sarawak masih tidak dapat dipastikan. Lantaran itu, perkara berkenaan perlu dipandang serius.

"Peningkatan kebolehjangkitan dan pengelakan imun (‘immune evasiveness) JN.1 yang ditandai dengan pelbagai mutasi baharu telah menjurus kepada lonjakan kes COVID-19 di seluruh dunia," ujarnya lagi.

Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, beliau menasihati orang ramai agar lebih peka dan berwaspada dengan isu berkenaan.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

"Terutamanya, subvarian JN.1 yang pada mulanya direkodkan di Amerika Syarikat (AS) pada September tahun ini telah merebak dengan pantas dan kini merupakan satu pertiga daripada semua kes positif di AS.

Comments