pemimpin tertinggi Iran Khamenei meninggal dunia, 40 hari berkabung

Yorumlar · 430 Görüntüler

TEHERAN – Televisyen negara Iran pada Ahad mengesahkan kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, tanpa merujuk kepada serangan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel di kediamannya, semalam.

Seorang penyampai berita  di televisyen negara itu mengumumkan kematian Khamenei pada pukul 5  pagi waktu tempatan, ketika saluran itu menyiarkan imej arkib dengan jalur hitam sebagai tanda berkabung.

Khamenei, 86 tahun, telah menjadi pemimpin tertinggi Iran sejak 1989.

“Diumumkan kepada rakyat Iran bahawa Ayatollah Khamenei, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, telah syahid dalam serangan bersama oleh Amerika Syarikat (AS)  dan rejim Zionis,” lapor sebuah agensi berita kerajaan Iran separa rasmi.

“Cendekiawan dan pejuang besar ini mendedikasikan hidupnya untuk kemajuan Iran dan Islam, dan, Insya-Allah, kini bersatu dengan Imam dan para Syuhada,” tambah laporan itu.

Agensi berita rasmi negara IRIB juga melaporkan berita itu melalui aplikasi Telegram.

Yorumlar