Perintah reman selama satu hari dibenarkan Majistret Noor Fadlina Musa selepas mendapat permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan pendakwa yang juga pengasas sebuah pusat pengajian agama terkemuka di daerah Kuala Muda ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani semalam.
Sebelum ini, pendakwa terbabit pernah disiasat SPRM berhubung tuduhan mengutip dana awam dan melakukan penyelewengan kutipan derma bagi kegunaan peribadi.