Kerajaan pertimbang kategori makanan sejuk beku dalam bantuan SARA

Kommentarer · 466 Visningar

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan makanan sejuk beku sebagai kategori baharu bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

sebagai sebahagian usaha penambahbaikan berterusan agar kekal selaras dengan keperluan semasa isi rumah.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan terbuka menerima input berterusan dan sentiasa menilai senarai barangan yang dibenarkan bawah SARA bagi memastikan bantuan itu benar-benar memenuhi keperluan asas rakyat.

“Bagi pengendali kedai runcit yang ingin menjadi rakan niaga SARA, mereka kini perlu menjual sekurang-kurangnya tujuh daripada 14 kategori barangan yang ditetapkan. Ia dilonggarkan berbanding sebelum ini yang mewajibkan kesemua 14 kategori.

“Selain itu, kerajaan akan terus mengkaji dan menilai semua senarai barangan bawah SARA bagi memastikan ia kekal selaras dengan keperluan asas isi rumah. Cadangan untuk menambah kategori baru adalah baik, dan kami sedang mempertimbangkan untuk membenarkan makanan sejuk beku sebagai kategori baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Dewan Rakyat hari ini.

Kommentarer