Tidak Ada Khasiat Minum Air Kencing Unta, berpontesi kena penyakit MERSCoV

Comments · 196 Views

Kementerian Kesihatan Indonesia menasihatkan orang ramai supaya tidak sepenuhnya mempercayai amalan minum air kencing unta untuk kesihatan.

Sehingga kini, belum ada ujian klinikal yang dapat membuktikan bahawa air kencing haiwan padang pasir itu menyihatkan. "Kita tetap beranggapan tidak ada khasiatnya (air kencing unta) untuk diminum, kerana belum ada penyelidikan," kata Oscar Pribadi, Ketua Biro Komunikasi dan Perkhidmatan Masyarakat Kementerian Kesihatan RI melalui pesan bertulisnya pada Selasa, 9 Januari 2018.

Selain itu, lanjut Oscar, mengikut arahan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), meminum kencing unta bersama-sama dengan susu juga tidak disyorkan. Ini kerana ia boleh membawa kesan perubatan lain. "Dikhawatirkan akan tertular flu unta (MERSCoV)" katanya.

Pekan lalu, sebuah video yang menampilkan Ustaz Bactiar Nasir mempraktikkan cara meminum susu yang dicampurkan dengan kencing unta menjadi topik perbincangan. Dalam video itu, Bachtiar menyatakan beberapa manfaat meminum susu yang dicampurkan dengan kencing itu untuk kesihatan.

"Penyelidikan ini boleh menyembuhkan penyakit sel-sel kanser dalam tubuh manusia, dan ini baik untuk pencernaan," katanya.

Malahan, di Arab Saudi, terdapat beberapa peniaga yang sengaja menjual air kencing unta untuk diperdagangkan.

Comments