50,000 masjid ditutup di iran, Ulama dakwa agama islam makin melemah di Iran

Comments · 217 Views

Seorang ulama kanan Iran berkata kira-kira 50,000 daripada 75,000 masjid di Iran ditutup, menunjukkan bilangan penduduk Iran yang datang ke masjid semakin berkurangan.

 

Berkhidmat sebagai penghubung antara pentadbiran Ebrahim Raisi dan seminari negara, Mohammad Abolghassem Doulabi pada Khamis berkata, jumlah itu adalah “pengakuan membimbangkan” bagi sebuah negara yang dibina berdasarkan prinsip Islam.

Menurut laporan Iran International, Abolghassem menyuarakan kekesalannya ke atas bilangan rendah orang Islam yang terlibat dalam ibadah.

Foto: Mohammad Abolghassem Doulabi.

Abolghassem yang juga ahli Perhimpunan Pakar bagi badan perundingan yang diberi kuasa melantik pemimpin tertinggi berkata, keputusan agama di Iran menyebabkan orang ramai meninggalkan agama.

Menekankan kelemahan keagamaan dalam kalangan masyarakat dan seterusnya melemahkan legitimasi kerajaan memerintah dengan diktator agama, beliau berkata “apabila orang melihat kepada output agama, mereka memutuskan untuk masuk agama atau keluar agama”.

“Ia juga dengan sebab “penghinaan orang atas nama agama,” “pemalsuan konsep dan ajaran agama,” dan “merampas kehidupan yang sepatutnya serta mewujudkan kemiskinan atas nama agama”.

Beliau membuat kenyataan itu ketika semakin ramai rakyat Iran dari semua peringkat umur semakin bosan dengan justifikasi negara itu terhadap Islam.

Perkara itu juga dianggap sebagai asas pemerintahan diktator Iran yang kejam, dicerminkan protes ganas sejak September lalu berikutan kematian dalam tahanan Mahsa Amini, yang ditahan kerana penggunaan tudung tidak sesuai.

Sumber: Iran International

Comments