Isu Hangat Capaian Internet di Kg. Parapat Darat Matunggong Kudat bakal berakhir.

Comments · 31 Views

Isu Hangat Capaian Internet di Kg. Parapat Darat Matunggong Kudat bakal berakhir.

Pada bulan Jun 2020 tahun lalu, saya telah membuat aduan secara rasmi melalui laman aduan rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan nombor aduan iaitu 0620-01-0008689-CPCB.

Setelah menyedari bahawa aduan saya belum ada jawapan yang bersifat eksplisit iaitu Pembinaan Pencawang Telekomunikasi, saya mengambil langkah untuk komen setiap hari di page Facebook SKMM supaya isu ini mencapai titik noktah.

Sebentar tadi, saya telah dihubungi oleh pihak SKMM menyatakan bahawa pihak SKMM Sabah telah menerima saranan saya iaitu turun padang di Kg. Parapat Darat, Matunggong-Kudat untuk meninjau sendiri keadaan di kampung ini. Pihak SKMM juga ada menyatakan telah berjumpa dengan Ketua Kampung Parapat Darat iaitu En. Jocius. Saya juga telah mengesahkannya secara dalam talian.

Syukur, pihak SKMM menyatakan bahawa Kg. Parapat Darat, Matunggong-Kudat disenaraikan untuk projek JENDELA yang bermaksud akan dibina Pencawang Telekomunikasi. Saya juga ada bertanya bilakah gerak kerja pembinaan akan bermula. Namun begitu pihak SKMM belum dapat menyatakan sebarang tarikh.

Apa-apa pun, saya akan sentiasa follow-up berkenaan dengan gerak kerja pembinaan Pencawang Telekomunikasi di kampung saya dari masa ke semasa. Pihak SKMM juga ada menyatakan bahawa sebarang info akan disalurkan secara terus kepada Ketua Kampung dan juga kepada saya sekiranya perlu.

Semoga Kg. Parapat Darat ada capaian internet secara menyeluruh tidak lama lagi! Saya juga akan terus memerhati dan akan mendesak sekiranya perlu.

Terima kasih SKMM!

Sumber Dari : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4032405923445718id=100000290509517

Comments