Purata 5 kes Bunuh Berlaku Dalam Seminggu Sejak 2021 – KPN

Comments · 85 Views

CYBERJAYA : Purata sebanyak lima kes bunuh berlaku dalam seminggu bagi tempoh tiga tahun sejak 2021 sehingga tahun lalu kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Memetik laporan Utusan Jenayah berkenaan berlaku secara rawak dengan kajian polis mendapati antara motif pembunuhan disebabkan pertengkaran atau selisih faham, cemburu, mabuk, balas dendam dan hutang.

Sepanjang tempoh sama, seramai 1,509 individu terdiri 1,332 lelaki dan 177 wanita ditahan kerana terlibat dalam kes bunuh dan sebanyak 741 kes bunuh direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tiga tahun kajian itu katanya

Ujar beliau lagi , terdapat peningkatan kes yang mana sebanyak 239 kes bunuh berlaku pada 2021, diikuti 2022 (241 kes) dan 2023 (261 kes).

“Berdasarkan kes yang direkodkan, tiada jenayah kes bunuh secara bersiri dilaporkan, sebaliknya siasatan yang dijalankan mendapati kesemua kes ini berlaku adalah secara rawak.

“Dapatan siasatan mendapati antara motif kejadian tertinggi yang telah dikenal pasti dalam kes jenayah bunuh sepanjang tempoh sama adalah disebabkan pertengkaran atau selisih faham, cemburu,mabuk, balas dendam dan hutang,” katanya

Kata beliau, pertengkaran dan perselisihan faham antara faktor tertinggi kes bunuh berlaku iaitu 302 kes dicatatkan dalam tempoh itu diikuti belum pasti punca (148 kes).

“Selain itu, cemburu menjadi faktor pembunuhan iaitu 56 kes diikuti mabuk (51 kes); balas dendam (43 kes); samun (39 kes) dan dera atau hutang (masing-masing 31 kes).

“Cuai sehingga berlakunya kejadian bunuh iaitu 14 kes, selain tidak siuman (13 kes); rogol (10 kes); pemerasan (tujuh kes); kongsi gelap (empat kes); culik (tiga kes) dan ragut (satu kes),” katanya.

Menurut beliau, kaum Melayu adalah mangsa kes bunuh tertinggi jika dibandingkan dengan kaum lain di apabila 172 individu maut dalam tempoh sama.

“Diikuti kaum Cina (141 mangsa); India (131 mangsa) Bumiputera Sabah dan Sarawak (62 mangsa); warga asing (202 mangsa) dan tidak pasti (45 mangsa),” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama juga, sebanyak 1,509 individu terdiri 1,332 lelaki dan 177 wanita telah ditahan kerana terlibat kes bunuh.

“Bagi 2021, sebanyak 558 tangkapan dilakukan diikuti 2022 (477 tangkapan) dan 2023 (474 tangkapan),” katanya.

Comments