Cara Daftar dan tebus Kredit e-Wallet 2023 - eMadani RM100

Comments · 217 Views

Program ini diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang mana dikatakan sebagai langkah membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi ekonomi. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu mendapatkan sumbangan kredit itu dan dimanakah platform yang boleh ditebus?

Program ini diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang mana dikatakan sebagai langkah membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi ekonomi. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu mendapatkan sumbangan kredit itu dan dimanakah platform yang boleh ditebus?

Kelayakan

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023

2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023.

3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalahRM100,000dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

Cara tebus kredit eMADANI e-Wallet 2023

Untuk menebus kredit eMADANI, warganegara Malaysia yang layak perlu mengikuti proses pendaftaran dan tuntutan yang ditetapkan. Proses ini bermula pada 4 Disember 2023 dan berakhir pada 20 Februari 2024.

Terdapat 4 empat dompet digital yang boleh digunakan untuk penebusan iaitu MAE, ShopeePay, Setel dan Touch n Go eWallet. Pengguna boleh memilih salah satu dompet digital, dan melakukan penebusan melaluinya.

MAE Maybank
Sumber Gambar: MAE

1. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MAE terlebih dahulu yang mana khusus bagi pelanggan Maybank sahaja.

2. Kemudian, buka aplikasi tersebut.

3. Klik pada tab e-MADANI pada paparan menu utama.

4. Seterusnya, masukkan maklumat peribadi pengguna dan klik pada butang Hantar.

5. Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi penebusan kredit e MADANI MAE Maybank berjaya.

Setel

1. Muat turun aplikasi Setel.

2. Pengguna perlu mendaftar akaun mereka dan pengesahan perlu dibuat dengan klik pada Sahkan sekarang.

3. Pada bahagian menu, isi maklumat pemohon dan hantar permohonan penebusan kredit tersebut.

4. Akhir sekali, notifikasi tuntutan dihantar akan dipaparkan.

ShopeePay
Emadani
Sumber Gambar: Shopee

1. Pengguna perlu muat turun aplikasi Shopee.

2. Kemudian, pendaftaran dan verifikasi akaun perlu dilakukan dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon.

3. Klik pada bahagian e-MADANI.

4. Akhir sekali, klik Tebus untuk membuat tuntutan kredit eMADANI berjumlahRM100.

Touch N Go eWallet
Sumber Gambar: TNG eWallet

1. Pertama sekali, muat turun aplikasi Touch N Go dalam telefon bimbit mereka.

2. Pendaftaran akaun perlu dilakukan terlebih dahulu dan pengguna perlu log masuk ke akaun mereka.

3. Kemudian, lakukan verifikasi akaun e madani touch n go.

4.Pada halaman utama, klik pada bahagian touch n go tng eMADANI dan tekan pada butang Hantar.

5. Akhir sekali, tuntutanRM100Madani eWallet berjaya.

Malah, seramai 10 juta rakyat dewasa dijangka layak untuk kredit eMADANI ini.Di samping itu, kredit eMADANI ini juga terhad untukdibelanjakan secara fizikal sebagai contoh di kedai runcit dan seumpamanya yang menerima pembayaran eWallet berkenaan, dan bukannya atas talian.

Penebusan boleh dilakukan sehingga 20 Februari 2024, tetapi kredit perlu digunakan sebelum 29 Februari 2024 kelak. Setiap penyedia perkhidmatan ini menawarkan kelebihan tersendiri seperti mata ganjaran, diskaun, dan baucar, yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna e-wallet​​​​.

Sesudah memahami bagaimana untuk menebus sumbangan kredit tersebut, anda perlu kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang memanfaatkan insentif yang ditawarkan.

Comments