SINGAPURA: Para pengguna Facebook dan Instagram di seluruh dunia melaporkan masalah untuk mengakses platform-platform tersebut pada Jumaat (12 Jun), menurut laman-laman pemantauan gangguan serta aduan yang dikongsi di platform media sosial pesaing.
Di Singapura, laporan mengenai Facebook melonjak di Downdetector, yang mengumpulkan laporan status daripada pelbagai sumber, sekitar pukul 9.00 malam pada Jumaat (12 Jun).
Menurut laman pemantauan gangguan StatusGator, para pengguna di Filipina, India, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan masalah melibatkan pelbagai aplikasi milik Meta.
Gangguan tersebut melanjutkan siri gangguan berkala yang menjejaskan aplikasi-aplikasi di bawah kelolaan Meta sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Facebook dan Instagram.
Dalam gangguan besar yang berlaku pada Mac 2026, para pengguna Facebook dan Instagram di beberapa negara melaporkan bahawa mereka tidak dapat memuat naik catatan atau mengakses akaun mereka selama beberapa jam, manakala satu lagi gangguan berasingan pada awal bulan yang sama, turut menjejas ribuan pengguna di seluruh dunia.
Meta belum mengeluarkan penjelasan terperinci berhubung gangguan yang berlaku pada Jumaat (12 Jun).