Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi hasil kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu, lelaki tempatan berusia 57 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang permit atau dokumen sah bagi pemilikan hidupan liar yang disimpan di premis berkenaan.
Antara haiwan yang dirampas ialah rusa sambar, kijang, ayam pegar Borneo (Bornean Crested Fireback), landak raya, ular sawa batik, tiga ekor Silver Pheasant dan dua ekor landak nibung.