COVID-19 : JHEAINS galakan pemakaian pelitup muka di masjid, surau

Comments · 151 Views

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengeluarkan ketetapan terbaharu menggalakkan jemaah yang datang ke masjid dan surau di negeri ini supaya memakai pelitup muka.

Pengarah JHEAINS Jumain Abdul Ghani berkata, galakan ini adalah mengambil kira situasi indeks kes jangkitan COVID-19 yang kini di tahap yang membimbangkan.

“Dimaklumkan dengan sukacitanya bahawa, jabatan ini memanjangkan ketetapan untuk menggalakkan pemakaian pelitup muka ketika melaksanakan aktiviti solat berjemaah, menghadiri kuliah dan sebagainya di kawasan masjid dan surau seluruh Sabah.

“Galakan ini adalah mengambil kira situasi indeks kes jangkitan pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu surat tular yang diedarkan kepada semua pengerusi jawatankuasa masjid dan surau seluruh negeri Sabah.

Jumain turut berharap agar galakan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau seluruh Sabah dapat diselaraskan oleh jawatankuasa terlibat dngan serta-merta. – SABAH MEDIA

Comments