ini senarai 20 Kata Laluan Ini Paling Banyak Diguna Di Malaysia, Hanya 1 Saat Untuk Digodam

Comments · 219 Views

Peneraju dalam pasaran global produk keselamatan siber, NordPass dari Nord Security mendedahkan senarai kata laluan yang paling banyak digunakan di Malaysia.

Menariknya, walaupun kata laluan itu tidak selamat dan berulang kali ditegaskan bahawa ia mudah digodam, pengguna di Malaysia malah seluruh dunia masih menggunakan kata laluan tersebut.

Berikut adalah senarai 20 kata laluan yang paling banyak digunakan pengguna di Malaysia serta masa yang diperlukan untuk ia digodam menurut NordPass, rujuk sini

Menerusi kajian yang dijalankan NordPass itu mereka mendapati, pencipta kandungan melalui platform penstriman adalah pembenci kata laluan yang kuat.

Penggunaan kata laluan "123456" juga masih kekal popular dan masih kata laluan terburuk di dunia. Penyelidik NordPass mengatakan, walaupun kata laluan semakin sukar untuk dilanggar disebabkan oleh teknologi yang berkembang pesat, serangan perisian hasad masih dilihat sebagai ancaman yang ketara untuk keselamatan akaun.

Sehubungan itu, NordPass mengesyorkan penggunaan sekurang-kurangnya 20 aksara panjang dengan menggabungan huruf besar dan huruf kecil, nombor dan simbol khas. Juga elakkan menggunakan maklumat yang mudah diteka seperti hari lahir, nama atau perkataan biasa.

Pengguna juga dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan kata laluan yang sama merentas berbilang tapak atau perkhidmatan. Ini kerana, jika satu akaun terjejas, semua akaun anda yang lain juga mungkin berisiko.

SumberNordpass

Comments