“Haritu dah viral pakai rantai salib” Hari ini Pekerja restoran cina muslim teruk dikecam pakai songkok berseluar pendek

Comments · 233 Views

“Haritu dah viral pakai rantai salib”- Pekerja restoran cina muslim teruk dikecam pakai songkok berseluar pendek. Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan pekerja sebuah Restoran Cina Muslim yang memakai songkok tetapi berseluar pendek sewaktu mengendalikan makanan.

Sebelum ini, restoran yang sama turut pernah dikecam hebat netizen apabila salah seorang pekerjanya dipecat kerana memakai salib.

Namun, serang pengguna dari Platfrom X meluahkan rasa kurang senang dengan sikap sesetengah pihak yang taksub mencari kesalahan orang lain.

"Haritu dah viral pakai rantai salib"- Pekerja restoran cina muslim teruk dikecam pakai songkok berseluar pendek

Aku tak faham orang yang suka memviralkan ni….ini muslim dari china…kedai pun halal…tak pasal-pasal macam kes mamat kena pecat hanya kerana pakai lambang salib…korang memang tak ada kerja lain ke nak buat?

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh individu berkenaan.

Ni la sebab Malaysia tak maju..mindset semua nak rakam nak jatuhkan sesama sendiri.
Kan.. dah taknak makan situ sila la blah… sibuk nak viral kan….

Malah, ada juga segelintir pihak yang merasakan cara penyediaan makanan di retoran itu tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Food handling totally out ! Mana boleh pakai seluar pendek!
Apa tu pakai songkok dengan seluar pendek? Memang salah lah kan. Korang pun tau.
Comments