Segitiga Bermuda tempat mahkluk asing atau tempat setan?

Comments · 45 Views

Segitiga Bermuda merupakan kawasan yang terletak di bahagian barat laut Lautan Atlantik utara, di mana sejumlah kapal terbang dan kapal laut dikatakan hilang secara misteri.

Kawasan perairan di Segitiga Bermuda ini adalah salah satu daripada laluan perairan paling sibuk di dunia, kebanyakkan kapal-kapal laut melalui kawasan ini untuk ke pelabuhan yang terletak di Amerika, Eropah serta Kepulauan Caribbean, termasuk kapal-kapal mewah serta kapal terbang selalunya akan melalui kawasan ini.

Sesetengah kehilangan kapal atau pesawat telah dikaitkan dengan kejadian paranormal, atau aktiviti oleh makhluk asing mengikut budaya sensasi popular Segitiga Bermuda.

Walaupun terdapat banyak dokumentasi yang menunjukkan kejadian itu telah disalah laporkan atau ditokok tambah, juga penafian rasmi kebanyakan agensi kerajaan di Amerika yang menyatakan jumlah kehilangan yang berlaku bukanlah sesuatu yang ketara, kebanyakan kes kehilangan di kawasan itu masih tidak dapat dijelaskan walaupun banyak siasatan dan penyelidikan mendalam telah dilakukan.

Terdapat juga banyak cerita aneh berkaitan dengan Segitiga Bermuda. Ada beberapa teori menjelaskan bagaimana pesawat atau kapal tersebut boleh menghilang begitu saja. Begitu juga dengan laporan berdasarkan teori mereka kononya kajian secara saintifik, mamun sebahagian lagi mengaitkan dengan fenomena supernatural, keagamaan malah kewujudan mahluk ekstraterestrial.

Bermuda Triangle, juga dikenali sebagai Devil’s Triangle, walaupun terdapat banyak teori konspirasi mengenai Bermuda Triangle, termasuk teori tentang makhluk asing, tetapi menurut U.S. Coast Guard dan NOAA (National Oceanic and Atmosperic Administration), tidak ada bukti-bukti bahawa kapal atau pesawat kerap hilang di Bermuda Triangle berbanding dengan mana-mana tempat lain di dunia.

Arus air Teluk yang mengalir melalui Segi Tiga Bermuda dari Teluk Mexico membawa arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut yang datang secara tiba-tiba boleh juga menjadi penyebab, selalu berlaku pada musim panas sehingga akhir musim luruh kadang-kala membawa angin ribut besar melanda kawasan tersebut.

Laluan perairan yang sibuk dan cuaca yang tidak menentu juga antara sebab lain yang menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut besar tanpa sebarang kesan. Tambahan pula pada akhir abad ke-20 teknologi komunikasi, radar, dan satelit belum maju.

Nama Segitiga Bermuda pertama kali disebut pada tahun 1964 oleh penulis Vincent Gaddis dalam tulisannya untuk majalah Argosy. Walau Gaddis merupakan orang pertama yang menggunakan istilah Segitiga Bermuda, namun Charles Berlitz memainkan peranan membuatkan perairan misteri ini menjadi popular.

Dalam bukunya bertajuk “The Bermuda Triangle” pada tahun 1974, Berlitz mengemukakan teori bahawa dunia bawah laut Atlantis itu ada berkaitan dengan Segitiga Bermuda. Sejak saat itu, misteri tentang Segitiga Bermuda mula dibahas di berbagai program TV, film, dokumentari, dan lain media.

Menurut pengarang Segitiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil di Segi Tiga Bermuda.

Ada beberapa kehilangan yang masyur adalah tentang hilangnya kapal USS Cyclops pada tahun 1918. Kapal Angkatan Laut AS ini berukuran panjang 164 meter dan membawa 309 anak kapal serta muatan 9.000 ton. Kapal ini meninggalkan Brazil menuju AS dan singgah di Barbados. Tapi setelah meninggalkan Barbados, kapal ini dan seluruh anak kapalnya hilang begitu saja tanpa jejak.

Comments