JPN Sabah menahan 3 individu kemuka maklumat palsu untuk dapat mykad

Comments · 234 Views

SANDAKAN : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menahan seorang wanita bersama dua lelaki disyaki memberikan serta mengemukakan maklumat palsu ketika membuat permohonan Kad Pengenalan di daerah Sandakan.

Menurut kenyataan media JPN Sabah berkata,semasa membuat permohonan Kad Pengenalan bagi dua lelaki itu pada 15 Februari tahun lalu manakala wanita tersebut telah memberikan maklumat palsu sekali gus menyatakan kedua-dua lelaki tersebut merupakan anak kandungnya.

“Siasatan lanjut dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa JPN, mendapati wanita tersebut bukan ibu kandung kepada kedua-dua lelaki berkenaan.

“Ketiga-tiga individu tersebut ditahan pada 10 Mei lalu semasa hadir memberikan keterangan di JPN daerah Sandakan dan akan dituduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25 (1) (b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (2007),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman Penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau Kedua-duanya sekali.

“JPN tidak akan berkrompomi dengan salah laku yang didapati melanggar Undang-Undang dan mengancam keselamatan Negara,” katanya.

 

Comments