Padah buat laporan palsu dakwa disamun, polis tahan seorang wanita di tawau

Comments · 379 Views

TAWAU : Polis menahan seorang wanita selepas membuat laporan polis palsu yang mendakwa dirinya telah disamun semasa berada di perhentian Bas, Jalan Tanjung Batu Tengah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, Balai Polis Tawau telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa beliau telah didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali memakai helmet menaiki sebuah motosikal telah menarik beg tangan mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad atm dan wang tunai kira-kira jam 12.30 tengahari.

Katanya, berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, wanita berusia 15 tahun itu dipercayai sengaja membuat laporan palsu semata-mata untuk mendapatkan salinan laporan polis bagi menggantikan dokumen pengenalan diri selain mengelak daripada di denda oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.

“Saya juga ingin menegaskan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang laporan polis palsu atau tidak benar kerana ia menjadi satu kesalahan jenayah serta boleh menyebabkan kegusaran kepada masyarakat di daerah ini,” kata Jasmin.

Comments