5 Cara Yang Boleh Digunakan Untuk Mulakan Pemasaran Affiliate Anda

Comments · 79 Views

5 Cara Yang Boleh Digunakan Untuk Mulakan Pemasaran Affiliate Anda

Ramai orang sudah mula berjaya menjana pendapatan dengan hanya melakukan pemasaran affiliate ini. Mesti ada diantara anda yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan pemasaran affiliate ini.

Secara umumnya, affiliate merupakan satu sistem yang dipasang di laman web yang menjual produk fizikal ataupun digital. Tujuannya adalah untuk mengesan jualan yang dibuat oleh agen affiliate yang mendaftar.

Dalam kata lain, ia bermaksud menjual barang orang lain. Konsepnya adalah sama seperti salesman, anda bekerja untuk satu syarikat, jual produkya dan akan mendapat komisyen. Akan tetapi, dalam konsteks affiliate, anda hanya perlu mempromosikan sesuatu produk dalam internet. Cara ini adalah salah satu cara penjanaan pendapatan melalui internet yang semakin hari semakin berkembang.

Sebelum anda memulakan pemasaran affiliate ini, pastikan anda sudah berkeyakinan untuk mula berniaga. 

Lakukan Sedikit Research

Pertama sekali, anda perlu melakukan sedikit research sebelum anda memulakan pemasaran affiliate ini dengan membuat pencarian produk. Pencarian produk ini sebenarnya merupakan salah satu proses yang sangat mudah kerana terdapat banyak laman web yang menawarkan program affiliate ini.

Akan tetapi, anda mungkin akan berdepan dengan sedikit cabaran ketika anda ingin mengenalpasti pelanggan anda. Setelah anda mengenalpasti pelanggan berpotensi anda, barulah anda target mereka.

Pencarian Dan Pemilihan Produk

Pencarian produk ataupun affiliatenetwork ini adlah pihak ketiga yang menyelenggarakan affiliate program bagi memudahkan perhubungan diantara ahli-ahli affiliate dan syarikat-syarikat yang menyertai program affiliate itu. Anda boleh mencari sendiri affiliate network di internet. Pastikan ianya bukan satu scam.

Affiliate network yang boleh dipercayai adalah seperti Clickbank, Klikjer, Amazon dan juga Involve Asia. Pemilihan produk yang sesuai akan menjamin pulangan anda. Produk yang terbaik adalah produk yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi seseorang.

Menjalinkan Pertalian Berterusan

Seterusnya, anda perlu ada perancangan dan strategi pemasaran untuk jangka masa yang panjang. Membina bisnes online ini memerlukan kesabaran kerana ianya bukan perkara yang mudah. Kadang-kala, ianya mengambil masa berbulan-bulan barulah anda dapat menikmati hasilnya.

Bukan mudah untuk menjual produk orang lain yang berkemungkinan anda sendiri belum pernah melihat atau mencubanya. Jadi, ianya juga agak sukar bagi pengguna untuk terus membeli produk tersebut sebelum mengetahui tentang kebaikan dan keberkesanan produk tersebut walaupun sudah disertakan testimoni daripada pelanggan sebelumnya.

Hal ini merupakan perkara biasa dalam adat menjual beli lagi-lagi berkaitan dengan jualan atas talian. Oleh itu, anda jangan mudah berkecil hati dan jangan mudah berputus asa. Anda perlu membina kepercayaan pengguna terhadap penjualan anda. Bukan setakat kepercayaan kepada produk malah kepercayaan kepada si penjual juga.

Di sinilah bermulanya pertalian dengan pengguna. Anda perlu berinteraksi dengan pengguna secara kerap. Sebagai contoh, follow up dengan pengguna menggunakan email autoresponder.

Membina Sales Funnel

Sales Funnel atau dalam bahasa Malaysia bermaksud Corong Jualan. Ia merupakan satu proses atau sistem yang melorongkan pergerakan seseorang daripada stranger ke buyer. Apabila seseorang itu masuk ke dalam sistem sales funnel, secara automatiknya mereka akan dibawa ke tempat-tempat tertentu dalam laman web sehinggalah mereka membeli produk atau servis yang ditawarkan.

Sales funnel ini sangat penting dalam perniagaan online kerana di alam maya ini anda tidak berpeluang untuk berbual dengan prospek secara bersemuka. Jadi, ini adalah caranya untuk anda mempengaruhi prospek tanpa bertentangan mata.

Pemasaran Affiliate

Walaupun produk affiliate ini mudah untuk dipasarkan kerana ianya tidak memerlukan modal kewangan pendahuluan tetapi ia sebenarnya memerlukan sedikit modal masa. Anda perlu meluangkan sedikit masa dan tenaga bagi tujuan mempromosikan produk tersebut.

Terdapat dua cara yang anda boleh lakukan untuk mempromosikan produk affiliate tersebut iaitu dengan melakukan iklan berbayar ataupun iklan percuma atau lakukan kedua-duanya sekali serentak dan lihat hasilnya. Iklan berbayar ini lebih efektif kerana ia lebih tertumpu kepada sasaran tertentu dengan lebih pantas berbanding dengan iklan percuma.

Anda boleh menjalankan promosi anda di media-media sosial popular. Ini kerana statistik yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social pada 2018 menyatakan, 75% penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman sosial. Jadi, tidak rugi sekiranya anda mempromosikan produk affiliate anda di media-media sosial.

Jom Sertai Mookee Membeli Belah Dan Dapatkan CashBack Berterusan.

 

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Comments