Mengandung 5 minggu, buat report polis kata kena rogol semalam

Comments · 420 Views

KUALA LUMPUR – Akibat takut diketahui keluarga kerana mengandung anak luar nikah, seorang pelajar di Negeri Sembilan sanggup membuat laporan polis palsu dirogol lelaki tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pelajar berusia 20 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Batu Kikir pukul 7.26 malam tadi.

“Polis telah menjalankan siasatan termasuk merakam keterangan mangsa yang mendakwa dirogol pukul 6.15 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Serting Ilir, Bahau, Negeri Sembilan.

“Pelajar itu mendakwa dirogol selepas kediamannya dimasuki lelaki tidak dikenali yang memakai pakaian hitam dan bertopeng.

“Pihak forensik tidak menjumpai spesimen atau air mani di tempat kejadian.

“Pelajar itu kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati pelajar itu tidak cedera sebaliknya sudah mengandung lima minggu,” katanya hari ini.

Chang Hook berkata pemeriksaan ke atas telefon bimbit pelajar itu mendapati terdapat perbualan antara teman lelakinya yang mencurigakan.

Katanya, ketika di soal siasat pelajar itu mengaku memalsukan laporan dan kejadian rogol itu adalah rekaan semata-mata.

“Pelajar itu membuat laporan palsu disebabkan sudah mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya dan takut diketahui oleh keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya.

Comments