KOTA KINABALU: Kerja-kerja disinfeksi kaunter pembayaran utama bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mula dijalankan pagi tadi.
Kaunter pembayaran itu ditutup hari ini bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dilakukan. Bagaimanapun, kaunter ini akan beroperasi semula pada Isnin ini (11 Jan).
Untuk hari ini, kaunter pembayaran lain seperti kaunter pembayaran Dewan Serbaguna Damai, kaunter pembayaran Centre Point dan kaunter pembayaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) dibuka seperti biasa.
Dengan penutupan kaunter pembayaran utama itu, orang ramai juga boleh membuat pembayaran secara online melalui e-Services DBKK bagi cukai kadaran,kompaun dan lesen DBKK.
Bagi pembayaran cukai kadaran, orang ramai boleh memuat naik aplikasi DBKK e-Cukai atau menggunakan aplikasi Sabah Pay atau Jompay (biller code:56739).