guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Ramai tak sedar khasiat halia pada tubuh badan, elok untuk ubati 7 jenis penyakit

28 Oct 2023 · omiyou network · Live Style · 26,531 views

Halia atau nama zanjabil dalam bahasa Arab ada disebut di dalam al-Quran (Ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”.

Pada zaman pemerintahan Dinasti China, penggunaan halia digunakan bagi melawan loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid.

Kebaikan halia dari sudut kesihatan:

  • Bantu menurunkan suhu demam

Petua orang Melayu dari segi perubatannya, halia ini digunakan untuk menurunkan suhu ketika demam dengan setengah sudu halia cincang dalam secawan air panas.

  •  Mengurangkan kesakitan haid

Mengikut amalan dahulu kala, mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau Dysmenorrhoea dalam kalangan wanita.

  • Merendahkan paras kolestrol 

Halia bantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol yang tidak baik dengan membuka saluran yang tersumbat untuk kesihatan organ dalaman serta melancarkan peredaran darah dalam badan.

  • Mengurangkan keradangan 

Bahan aktif yang terdapat dalam halia iaitu gingerol mempunyai ciri anti-radang yang bantu mengurangkan sakit sendi dan juga lulut, kekejangan otot dan kecederaan serta mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah gout.

  • Membantu penghadaman 

Halia baik untuk proses penghadaman, pembuangan dan bantu melegakan kekejangan perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan gastrik juga bantu memberi tenaga serta mengatasi masalah badan lesu dan letih.

  • Bantu mengurangkan berat badan 

Kebaikan dalam halia juga bantu mengurangkan masalah perut buncit yang mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak dengan menghapus lemak tepu dalam badan.

  • Merawat masalah tenaga batin

Halia hitam adalah tumbuhan herba yang membantu merawat meningkatkan masalah tenaga batin.

Terlalu sibuk bekerja tiada masa nak jaga kesihatan? Look no further dan atasi masalah-masalah kesihatan di atas dengan mendapatkan Pati Halia Xtra di pasaran mahupun secara online.

Keluaran syarikat V’Asia, Pati Halia Xtra memberi manfaat berganda untuk kesihatan bukan sahaja diperkaya dengan halia Bentong & halia hitam (3 kali lebih efektif dan mempunyai antioksidan dan kandungan lebih tinggi daripada halia biasa).

Selain itu, ia mengandungi bawang putih tunggal & bawang putih hitam (lebih 20 senyawa fenolik berbanding sayur biasa) malah, mengandungi madu tualang (tinggi fenolik & flavoid, vitamin dan mineral berbanding madu lain) , cuka epal,  sacha inchi (antioksidan, anti radang, mengawal kolesterol) serta banyak lagi.

Tidak sama dengan produk-produk lain yang berada di pasaran, Pati Halia Xtra berstatus premium dan adalah sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur terutama warga emas.

More articles

Mac 節拍器沒聲音?三種來源選擇與聲音輸出排查指南

7 Nov 2026 · Live Style

Mac 上用節拍器時,聲音沒出來或切換應用程式後聲音停,通常是輸出裝置設定、靜音狀態或程式背景播放限制造成。本文直接告訴你三種常見節拍器來源怎麼選,並一步步教你從系統到程式排查聲音問題與藍牙延遲,讓你練琴或編曲不被節拍器聲音卡關。 先直接試試這個 線上節拍器,馬上聽節拍聲判斷裝置正常不正常。 Mac 節拍器三種來源怎麼選?先看你是練琴還是…

Body Fat Calculator How to Calculate Body Fat Percentage Accurately

6 Nov 2026 · Live Style

Introduction Understanding your body composition is an important part of maintaining a healthy lifestyle and monitoring fitness progress. Body weight alone does not provi…

Why Sp5der Clothing Stands Out in Urban Streetwear

31 Oct 2026 · Live Style

Official sp5der Clothing USA. Explore spider hoodie American streetwear brand. Get 30% discount on sp5der worldwide store. Free shipping.

Acne Studios Guide to Modern Minimalist Outfits

31 Oct 2026 · Live Style

Explore Acne Studios minimalist outfit ideas with clean shapes, versatile basics, balanced colors, and simple styling tips for everyday fashion.

Omiyou Premium Ads
Coming soon