guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

STR Fasa 2 dikreditkan hari ini 10 mac 2026, 5.2 juta rakyat terima manfaat

10 Mar 2026 · omiyou network · Government Assistance & Support · 702 views

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima khususnya bagi membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.

Menurutnya, jumlah penerima bagi Fasa 2 meningkat kepada 5.2 juta membabitkan peruntukan RM1.3 bilion, berbanding RM1.1 bilion kepada lima juta penerima pada Fasa 1.

"Ini termasuk 200,000 penerima baharu yang diluluskan yang akan menerima bayaran mulai 30 Mac 2026.

"Secara keseluruhan, bantuan STR Fasa 2 akan memanfaatkan 3.8 juta isi rumah serta 1.4 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM600 mengikut kategori kelayakan," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, peluasan penerima STR Fasa 2 membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat bantuan sosial kerajaan, khususnya ketika negara menghampiri Aidilfitri.

"Melalui STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta SARA Untuk Semua, Kerajaan MADANI terus berusaha memastikan hasil negara dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh rakyat, terutama golongan yang memerlukan," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, bagi tahun 2026, peruntukan keseluruhan STR dan SARA berjumlah RM15 bilion, kekal yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta Soalan Lazim (FAQ) melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Kementerian Kewangan turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan, serta hanya merujuk kepada portal rasmi STR untuk maklumat terkini.

More articles

Sabah catat 1,493 kedai berdaftar SARA, liputan diperluas sehingga pedalaman

23 Jun 2026 · Government Assistance & Support

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,493 kedai di seluruh Sabah kini berdaftar sebagai lokasi penebusan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekali gus memperluaskan akses bantuan…

10,825 KIR di Sabah keluar senarai sebagai miskin tegar

17 Jun 2026 · Government Assistance & Support

TUARAN: Sabah berjaya mencapai sifar Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar daripada angka yang telah dikunci pada Januari 2026 melibatkan seramai 10,825 KIR.

SYUKUR Sabah 2026 – Semak Bayaran Fasa 2 Mulai 21 Mei

23 May 2026 · Government Assistance & Support

SYUKUR Sabah 2026 adalah program bantuan tunai bulanan / berfasa kepada rakyat di negeri Sabah. Ia merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuh…

Kerajaan Sabah perkenalkan Skim Insurans Berkelompok percuma, manfaat 3.5 juta penduduk sabah

24 Apr 2026 · Government Assistance & Support

Skim Insurans Rakyat Sabah ialah inisiatif kerajaan negeri yang menyediakan perlindungan kemalangan percuma sehingga RM10,000 untuk 3.5 juta penduduk Sabah.

Omiyou Premium Ads
Coming soon