Hanya Tidur lima jam dapat Wang Sebanyak RM12,150

Comments · 134 Views

Hanya Tidur lima jam dapat Wang Sebanyak RM12,150

TAIWAN: Seorang selebriti mencetuskan kontroversi dalam media sosial selepas meraih pendapatan sebanyak AS$3,000 (RM12,150) dengan hanya melakukan penstriman video secara langsung semasa tidur dalam tempoh lima jam. 

Lapor Oddity Central, Wang Yiming merupakan bekas ahli kumpulan pop Cina dari Malaysia, Amoi-Amoi menyertai Twitch tahun lalu selepas kumpulan muziknya dibubarkan. 

Selepas itu, dia menjadi popular sebagai pemain strim Twitch di Taiwan. 

Wanita itu kebiasaannya bermain permainan video dan berbual dengan peminatnya, namun, petang semalam dia memutuskan untuk mencuba sesuatu baharu. 

Selebriti itu mendaftar masuk ke akaun tersebut sekitar pukul 5 petang, dan tidur di atas katilnya sehingga pukul 10 malam. 

Dalam tempoh itu, dia berjaya menarik 10,000 penonton termasuk keuntungan daripada hasil iklan. 

Kebanyakan orang hanya mahu melihat bagaimana posisinya ketika tidur sama ada terbuka mulut atau sebaliknya. 

Apabila bekas penyanyi itu terjaga, dia terkejut mendapati ribuan orang menonton dirinya ketika tidur selama lima jam itu sekali gus menjadi penstrim paling popular di Taiwan. 

Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial di Taiwan mengkritik caranya kerana kaedah itu hanya memerlukan anda kelihatan bagus dengan warna kulit yang menarik. 

Malah, ada yang melabelkan orang ramai yang menonton aksi tidur itu sebagai sesat. 

jom buat live stream di omiyou.. daftar secara percuma sahaja!

Comments