Seorang Warga emas didakwa ‘scam’ duit orang, cuba larikan diri selepas diminta pulangkan RM9,000

Comments · 146 Views

Tular sebuah video di platform X memaparkan seorang warga emas cuba melarikan diri sebaik sahaja didekat dua individu ketika dia sedang makan di sebuah restoran

Difahamkan kejadian ini berlaku di Johor Bahru dan dua individu tersebut mendatangi warga emas itu kerana ingin menuntut wang mereka berjumlah RM9,000 yang disyaki ditipunya beberapa bulan lalu berhubung dengan urusan hartanah.

Dua individu berkenaan mengatakan tak kan melepaskannya jika tidak memulangkan semula wang mereka dan dilihat warga emas tersebut cuma melarikan diri namun gagal selepas berjaya dihalang.

Video yang tular itu meraih perhatian orang ramai dan netizen mempertikaikan tindakan warga emas tersebut kerana sanggup melakukan aktiviti penipuan atau ‘scam’ walaupun sudah lanjut usia.

Video Player

Malah, netizen juga turut mendakwa bahawa mungkin ini bukan kali pertama warga emas itu melakukan ‘scam’ dan berharap agar mereka yang melakukan penipuan ini segera ditangkap untuk siasatan pihak berkuasa.

 

 
Comments