Lelaki Saman 27 Wanita Buat Komen Negatif Tentang Dirinya Di media social

Comments ยท 383 Views

Seorang lelaki bertindak menyaman 27 wanita kerana meninggalkan ulasan yang kurang baik berkenaan dirinya di sebuah kumpulan sociam media facebook

Menurut Mirror UK, nilai keseluruhan saman yang dikemukakan oleh lelaki tersebut adalah kira-kira £57 juta (RM341 juta).

Lelaki itu mendakwa, komen-komen buruk yang dibuat oleh 27 wanita itu di sebuah kumpulan Facebook ‘Are We Dating The Same Guy?‘ itu telah mencemarkan reputasinya.

Kumpulan Fb berkenaan dipercayai menghimpunkan sekumpulan wanita yang saling berkongsi pengalaman percintaan masing-masing.

Tujuan Fb itu ditubuhkan pula adalah untuk menjaga antara satu sama lain daripada terperangkap dalam hubungan ‘toksik’ di masa hadapan.

Dalam surat samannya, lelaki itu mendakwa nama dan gambarnya turut dimuat naik dalam kumpulan berkenaan, sekali gus telah melanggar ruang peribadinya.

Malah, wanita-wanita itu juga didakwa mereka cerita palsu dan membuat fitnah berhubung pengalaman menjalin hubungan dengan dirinya.

Akibat komen-komen itu, dia merasa terhina, mengalami penderitaan mental, tekanan emosi, kegelisahan serta kehilangan pendapatan.

Hantaran dimulakan seorang wanita dengan nama sebenar

Menurut surat saman yang dikemukakan, hantaran berkenaan lelaki tersebut dimulakan oleh seorang wanita dengan menggunakan nama sebenarnya.

Namun, hantaran tersebut diubah kepada tetapan Tanpa Nama selepas lelaki berkenaan bertindak mengemukakan surat saman.

Lelaki itu mendakwa dia bertemu dengan wanita itu dalam satu majlis di Chicago, Amerika Syarikat sebelum ini.

Mereka seterusnya saling berkenalan dan menjalinkan hubungan intim atas kerelaan masing-masing. Malah, mereka juga turut bertemu beberapa kali selepas itu, namun bukanlah atas kapasiti pertemuan istimewa.

Wanita tersebut kemudian didakwa telah membuat hantaran di Facebook, mendakwa lelaki berkenaan menjadi sangat ‘clingy‘ dalam masa sekelip mata.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut mendakwa lelaki tersebut suka menayangkan kekayaan dan memberi amaran agar tidak melihat ‘sisi buruknya’.

Hantaran yang dibuat bersama gambar lelaki tersebut kemudian telah menarik perhatian ahli kumpulan yang lain.

Beberapa wanita turut tampil meninggalkan komen dan mendakwa pernah melalui pengalaman yang serupa dengan lelaki tersebut.

Antara tuduhan yang dibuat adalah mendakwa lelaki tersebut seorang kaki ghosting, iaitu tindakan tidak membalas mesej yang dihantar kepadanya.

Sumber: Mirror UK

NAK DAPATKAN BERITA PANTAS TERBARU SERTAI SOCIAL MEDIA OMIYOU SEKARANG!
DAFTAR SEKARANG

Comments