guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Utama Dua suspek curi kabel ditahan dan cuba rempuh polis

24 May 2026 · omiyou network · Crime · 698 views

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.13 pagi itu, anggota polis bersama kakitangan Telekom Malaysia yang sedang menjalankan rondaan mengesan dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah mainhole milik Telekom Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa individu sedang menjalankan kerja pemotongan kabel telekomunikasi di dalam mainhole berkenaan sebelum suspek melarikan diri menggunakan sebuah Toyota Hilux dan van Hiace sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Semasa cubaan meloloskan diri, pemandu Toyota Hilux dipercayai cuba merempuh anggota polis yang menghalang laluan kenderaan terbabit sehingga membahayakan keselamatan anggota bertugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian berjaya menahan Toyota Hilux terbabit selepas kenderaan itu terbabas berhampiran Jalan Likas dekat stesen minyak Shell Likas.

Katanya, dua suspek berjaya diberkas manakala van Hiace yang turut terlibat masih berjaya melarikan diri dan sedang dikesan pihak polis.

“Turut dirampas dalam operasi itu ialah satu unit alat pemotong kabel yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kabel milik Telekom Malaysia telah dipotong namun belum sempat dibawa keluar dari lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau van Hiace yang melarikan diri diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau pegawai penyiasat, Inspektor Saiful Azri Ismail di talian 014-6115879.

Katanya, Polis Daerah Kota Kinabalu akan terus mempergiat operasi membanteras kegiatan curi kabel yang boleh menjejaskan sistem komunikasi awam serta keselamatan infrastruktur negara.

 

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon