Ini 8 Tips Mudah Cara Memeriksa Dan Menjaga Gearbox Kereta

Comments · 73 Views

Ini 8 Tips Mudah Cara Memeriksa Dan Menjaga Gearbox Kereta

        Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pemilik-pemilik kereta selalu tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk menjaga gearbox kereta, pada waktu 1000km ke, 5000km ke atau pun selepas 20,000km? Saya tidak begitu gemar untuk memberitahu perkara ini, namun sebenarnya langkah pertama untuk menjaga gearbox kereta anda bermula seawal kilometer yang pertama lagi. Bagi memudahkan pemahaman, di bawah ini saya senaraikan lapan tips mudah memeriksa dan menjaga gearbox kereta anda.

1. Pada kilometer pertama lagi, kenapa seawal itu?

Ya sememangnya anda perlu mula menjaga gearbox kereta anda dari kilometer pertama lagi. Saya tekankan pada kilometer yang pertama kerana, kebanyakan pemilik kereta baru, tidak mengira pemilik kereta baru atau “secondhand”, kerap kali lupa akan jadual penukaran minyak gearbox. Jadi ketika dari awal-awal lagi, anda perlu prihatin dengan tempuh penukaran minyak gearbox. Penukaran minyak gearbox bagi kereta baru ialah pada 1000 kilometer yang pertama. Manakala bagi kereta “secondhand”, sila tukar minyak gearbox kereta anda serta merta selepas pembelian.

2. Kenapa ada beza waktu penukaran minyak gearbox antara kereta baru dan kereta “secondhand”?

Saya boleh agak yang soalan ini pasti akan selalu bermain-main di dalam fikiran anda selepas anda membaca artikel ini. Jadi saya jelaskan disini, minyak gearbox bagi kereta baru kita sudah mengetahui tahap penggunaan kereta itu iaitu baru, tetapi bagi kereta “secondhand”, kita tidak mengetahui degan tepat bilakah kali terakhir minyak gearbox ditukar. Sebagai langkah selamat, selepas sahaja kita membeli kereta “secondhand”, anda terus menukar minyak gearbox jadi kita telah mempunyai rekod tentang jadual penukaran minyak gearbox kereta kita. Kereta baru perlu ditukar minyak gearbox pada 1000 kilometer yang pertama kerana, bahagian enjin dan gearbox kereta baru pasti dipenuhi dengan habuk-habuk besi yang boleh merosakkan enjin dan gearbox. Sebab itulah kebanyakan kereta baru (tidak semua kerana bergantung kepada pengeluar) digalakkan untuk menukar minyak enjin dan minyak gearbox pada pemeriksaan percuma 1000 km.

3. Adakah sebarang beza waktu penukaran antara minyak gearbox automatik dan minyak gearbox manual?

Ya waktu penukaran minyak gearbox bagi kereta gearbox automatik berbeza sama sekali dengan kereta gearbox manual. Bagi kereta gearbox manual, penukaran minyak gearbox disarankan setiap 40,000 ke 50,000 kilometer. Manakala bagi kereta gearbox automatik, disarankan untuk menukar minyak gearbox setiap selang 20,000 kilometer. Waktu yang berbeza ini disebabkan kereta gearbox automatik, bergantung sepenuhnya kepada minyak untuk menukar gear. Berbeza bagi kereta gearbox manual, dimana peranan clutch turut digunakan dalam penukaran gear.

4. Apakah tips pemanduan bagi kereta gearbox manual.?

Sebagaimana yang telah saya ceritakan kepada anda sekejap tadi, penggunaan kereta gearbox manual memerlukan penggunaan clucth. Setiap pemandu kerete mestilah mengamalkan cara pengendalian clucth yang betul. Jangan sekali kali menekan pedal clutch anda sambil memandu kerana perbuatan tersebut boleh memendekkan nyawa clutch plate dan merosakkan gigi gearbox. Selalu lah mengamalkan kaki diangkat sedikit dan kaki tidak menyentuh langsung pedal clucth kecuali ketika menukar gear. Tips mudah ini mampu membantu anda daripada selalu berdepan dengan masalah selalu kena tukar clutch plate. Ketika anda berhenti kereta di lampu “traffic light”, sila neutralkan gear anda dan tarik brek kaki. Anda tidak digalakkan terus terusan menekan pedal membiarkan enjin RPM meningkat melebihi sepatutnya ketika kereta berada dalam keadaan gear ketika di lampu isyarat itu.

5. Apakah tips pemanduan bagi kereta gearbox automatik.?

Secara asasnya, pemanduan kereta yang menggunakan gear automatik adalah lebih menyenangkan. Gearbox automatik yang bergerak dan menukar sendiri gear secara automatik amat menyenangkan hati pemandu. Anda haruslah tahu apakah yang dimaksudkan dengan paras gear P, R, D, L, 2 dan 3. Kereta gearbox automatik juga bertukar gear dari 3 ke 2 dan D yang mana ianya berjalan secara automatik tanpa anda menekan clutch. Pemanduan biasanya hanya menggunakan gear D (drive) sahaja. R digunakan untuk mengundurkan kenderaan (reverse) . Manakala gear L ,3 dan 2 hanya digunakan di kawasan berbukit. Gear 3 dan 2 juga boleh digunakan ketika anda memotong kereta lain untuk menambahkan kuasa pecutan. Disebabkan geaarbox ini bergantung sepenuhnya kepada minyak gerbox, jangan sekali kali anda menukar jenis minyak tetapi sebaliknya, gunalah minyak gearbox automatik yang disarankan oleh pengeluar kereta anda.
Penjagaan minyak ini adalah salah satu dari langkah penting dalam tips mudah memeriksa dan menjaga gearbox kereta anda.

6. Perlukah saya risau jika terdapat lelehan minyak gearbox?

Jawapan saya mudah sahaja, anda boleh risau tapi jangan terlalu risau. Ini kerana minyak gearbox tidak mudah bocor. Kebiasaannya minyak gearbox bocor apabila seal yang terdapat di gearbox “sudah mati”. Sila bawa kereta anda ke bengekel kereta berdekatan kerana kita tidak mahu sebarang pengurangan minyak gearbox merosakkan gearbox anda. Ini kerana kos untuk sesuatu gearbox cukup mahal dan berharga di dalam lingkungan RM 7000 ke RM 25,000 bergantung kepada model kereta anda.

7. Apakah yang perlu ditukar jika penukaran gear kereta manual sedikit susah?

Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai bengkel yang wujud. Namun sebagai pengguna kereta, saya menyarankan anda menghantar kereta anda di bengkel bertauliah yang diakui oleh pengeluar kereta anda. Selalunya jika gear susah untuk ditukar, anda perlu menghantar kereta anda ke bengkel untuk menukar clutch plate. Ketika menukar clutch plate, saya menyarankan anda supaya meminta mekanik untuk turut menukar oil seal, walaupun oil seal tersebut belum bocor. Ini kerana kebiasaannya jangka hayat oil seal adalah sama dengan jangka hayat clutch plate. Ini boleh menjimatkan wang anda kerana tidak perlu menghantar lagi kereta anda ke bengkel jika berlaku kebocoran kerana mencegah lebih baik dari mengubati.

8. Bolehkah saya mengubah wayar di dalam gearbox untuk “upgrade” sistem bunyi kereta?

Jangan dan jangan dan jangan sekali lagi. Tiga kali saya menyebut jangan kerana sebagaimana yang anda telah ketahui, semua kereta baru zaman sekarang menggunakan hampir sepenuhnya sistem elektronik. Jadi jikalau anda ada ingin melakukan sebarang pengubahsuaian, sila pesan mekanik anda agar berjaga jaga dari melibatkan sebarang pendawaian yang menggangu sistem gearbox.

sumber : http://m.peroduabest.com

Comments