Seorang Budak 6 tahun disunat oleh ‘jin’ ketika membuang air kecil

Comments · 453 Views

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun mendakwa dia dikhatan oleh ‘jin’ sehingga menyebabkan kemaluannya berasa sakit, lapor laman berita Tribun Jatim hari ini.

Budak lelaki tersebut memberitahu neneknya bahawa dia melihat lembaga berbadan besar bergerak di hadapannya sebelum ia hilang.

Selepas melihat lembaga itu, dia berasa sakit pada kemaluan dan menjerit meminta tolong.

Selepas membuang air kecil, dia kata ada melihat kelibat lembaga, kata nenek kanak-kanak tersebut, Sami.

Menurut Sami, sebaik sahaja mata cucunya berkedip, lembaga itu sudah tiada.

Tidak lama kemudian, budak lelaki tersebut menjerit kerana berasa sakit pada kemaluannya.

Dia kemudian dibawa menemui doktor dan mereka terkejut apabila doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut sudah dikhatankan. AGENSI

Comments