Seorang Lelaki turap sendiri jalan berlubang siap tulis ‘duit saya’, takut YB pula dapat nama

Reacties · 2108 Uitzichten

Seorang lelaki meraih perhatian netizen selepas dia menulis perkataan ‘duit saya’ menggunakan cat kuning di atas jalan raya yang baru diturap di Klang, Selangor.

Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi memberikan mesej jelas bahawa kerja-kerja baik pulih jalan yang berlubang di kawasan itu dibuat menggunakan wang orang awam.

Ini duit saya, ini duit anda, ini bukan duit Yang Berhormat (YB)

Kita buat macam ni supaya mereka takclaim.Kalau tak, (walaupun) kita pakai duit sendiri, orang akanclaim. Faham tak? Nasib baik faham, ujarnya dalam video itu.

Menurut pengendali akaun X Naratif Rakyat, video itu dirakam di Taman Sentosa, Klang, Selangor.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut mempertikaikan pihak berwajib di kawasan berkenaan yang didakwa gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

Kesian rakyat kita. Kena keluar duit sendiri padahal kita bayar cukai.

Setiap motor, kereta lalu atas jalan ni, dia dapat pahala mengalirfree.

Tunggu YB lambat lagi la, tulis netizen secara sinis.

Untuk rekod Taman Sentosa di Klang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di bawah Parlimen Kota Raja.

Reacties