Seorang Wanita sabah berkasut tumit tinggi raih perhatian ramai, selamba je angkat tong gas

Comentários · 142 Visualizações

Wanita berkasut tumit tinggi raih perhatian ramai, selamba je angkat tong gas. Mengangkat tong gas memasak seberat 14 kilogram kebiasaannya dilakukan lelaki memandangkan berat kemudahan itu bukan calang-calang dan tidak sesuai dilakukan wanita.

Namun pandangan itu berubah apabila tular gambar memaparkan wanita muda berkasut tumit tinggi sedang mengangkat tong gas warna hijau dengan wajah selamba.

Netizen yang menyaksikan wanita itu menyifatkan sumandak Sabah bukan saja pandai memasak malah tiada masalah mengangkat tong gas dengan kasut tumit tinggi.

Wanita berkasut tumit tinggi raih perhatian ramai, selamba je angkat tong gas

Bekas jurufoto Dewan Bahasa Pustaka Sabah (DBP), Logiman J Gamad, 50, menyifatkan kebolehan wanita itu agak luar biasa, memandangkan tong gas boleh tahan beratnya.

Bagaimanapun, katanya, wanita zaman lalu terutama etnik Dusun memang kuat mengangkat barang berat seperti padi sambil menuruni bukit.

“Melihat gambar wanita mengangkat tong gas hijau itu, teringat kepada nenek saya mengangkat bekas besar dinamakan wakid penuh padi turun naik bukit di Kiulu, Tamparuli.

“Sayang tiada gambar dirakam sekitar tahun 70-an kerana ketika itu belum memiliki kamera dan telefon pintar,” katanya.

Menurutnya, sumandak Sabah memang sudah biasa kerja berat seperti bertanam padi dan menoreh getah.

Beliau berkata, tidak semua orang berupaya berbuat demikian sama ada lelaki atau wanita, memandangkan kerja berat itu memerlukan ketahanan.

“Di Tuaran, saya lihat ada wanita bekerja sebagai pengangkat tong gas, namun tidak ramai,” katanya.

Comentários