guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Vijay dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu

11 May 2026 · Omiyou Shop · News and Politics · 528 views

Di media sosial, pelbagai platform dibanjiri ucapan tahniah dengan ramai memuji perjalanan 'Thalapathy' Vijay daripada seorang pelakon terkenal kepada pemimpin politik. Kebangkitan beliau turut disifatkan sebagai sumber inspirasi serta simbol perubahan dalam landskap politik serantau.

Komuniti India di Malaysia turut meluahkan rasa bangga dan teruja, malah ada yang menyifatkan kejayaan itu sebagai 'detik bersejarah buat masyarakat Tamil di seluruh dunia'. Ramai turut berkongsi rakaman video majlis angkat sumpah tersebut, sambil menyambutnya sebagai kemenangan politik berteraskan golongan muda dan kepimpinan baharu.

Seorang pengguna Instagram, Thiagaseelan Ganeson berkata detik angkat sumpah Vijay hari ini amat peribadi baginya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, M. Megala, berkongsi luahan emosi yang menggambarkan sentimen ramai peminat tegar Vijay dengan menyifatkan beliau sebagai figura yang banyak memberi pengaruh sejak zaman kanak-kanak.

"Bagi kami Thalapathyans, perjalanan ini bukan sekadar tentang filem. Ia tentang kesetiaan, emosi dan berdiri teguh bersama Thalapathy melalui setiap jatuh bangun.

"Daripada menguasai layar perak kepada memberi inspirasi kepada jutaan orang di luar dunia filem. Ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan lembaran baharu yang penuh makna dalam sejarah," katanya.

Dalam pada itu, kumpulan peminat Malaysian Vijay Fans (MVF) menganjurkan sambutan MVF-TVK Celebration di TSR Cinemax, Shah Alam hari ini bersempena upacara angkat sumpah Vijay.

"Daripada pasukan yang pertama memperkenalkan siaran langsung Mersal Audio Launch dan Sarkar Audio Launch kepada peminat di Malaysia, kami meneruskan legasi menghubungkan Malaysia dengan detik bersejarah," menurut hantaran di Twitter.

Terdahulu, Vijay mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada Ahad selepas parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) berjaya memperoleh sokongan parti-parti lain bagi membentuk majoriti di 234 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

TVK muncul sebagai parti terbesar dengan 108 kerusi, namun masih gagal mencapai majoriti mudah 118 kerusi. Selepas Vijay mengosongkan satu daripada dua kerusi yang dimenanginya, kekuatan parti itu berkurangan kepada 107 kerusi.

Selepas mendapat sokongan daripada Parti Kongres, Parti Komunis India (CPI), Parti Komunis India-Marxis (CPI-M), Viduthalai Chiruthaigal Katchi (VCK) serta Indian Union Muslim League (IUML), jumlah sokongan kerusi meningkat kepada 120, melepasi ambang majoriti 118 kerusi.

Susulan majlis angkat sumpah di hadapan Gabenor Tamil Nadu, Rajendra Vishwanath Arlekar di Stadium Jawaharlal Nehru, Chennai, penyokong parti TVK meraikan kemenangan dengan menyalakan bunga api dan mengagihkan manisan di beberapa bandar.

More articles

Kenyataan Pejabat Diraja

17 Oct 2026 · News and Politics

Rabat – Berikut ialah kenyataan daripada Pejabat Diraja:

Invest in Land in New Chandigarh for Long-Term Growth

16 Oct 2026 · News and Politics

Jubilee Parkfield New Chandigarh – Premium Plotted Development in Sector 19 & 21, New Chandigarh. 161.55 acres integrated township with Punjab Govt. layout approval.Conta…

HM the King Chairs Opening of 1st Session of 1st Legislative Year of 12th Legislature

13 Oct 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, accompanied by HRH Crown Prince Moulay El Hassan

HM the King Appoints Fatima Ezzahra El Mansouri as Head of Government, Entrusts Her with Forming New Gov't

30 Sep 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, received on Tuesday at the Royal Palace in Rabat, Fatima Ezzahra El Mansouri,

Omiyou Premium Ads
Coming soon