guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan lebih muatan

7 Jan 2024 · omiyou network · 4,015 views

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahlizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya menahan sebuah bot kargo bersama dua warga tempatan yang membawa muatan beras dan gula melebihi had yang telah dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati juragan dan kru bot disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Kastam 1967, membawa barang melebihi menifest dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu membawa tiga tan beras dan 3.5 tan gula dengan rampasan dianggarkan berjumlah RM60,000 selain turut gagal mengemukakan lesen bot.

“Bot kargo bersama juragan dan kru telah dibawa jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahlizan berkata, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas anggota Maritim Malaysia.

Katanya, orang awam juga diseru untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat salah laku jenayah yang berlaku di laut kepada Zon Maritim Tawau ditalian 089- 752116 atau hubungi MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

More articles

Multi-channel Physiological Recorder Market to Reach USD 1.72 Billion by 2034 at 5.7% CAGR as Advanced Patient Monitorin

30 Oct 2026

According to a report by IntelMarketResearch, the global Multi-channel Physiological Recorder Market was valued at USD 1,046.0 million in 2025 and is estimated to reach U…

CRM Best Practices: 12 Strategies to Improve Customer Relationships and Sales

29 Oct 2026

Discover 12 CRM best practices to improve data quality, sales processes, customer relationships, automation, and CRM adoption for long-term business growth.

Apple’s iPhone Duo Faces Backlash As Users Report Cracks On Folding Screen

28 Oct 2026

Apple’s first foldable smartphone, the iPhone Duo, is facing criticism from early buyers after reports of cracks appearing along its folding display.

Detective Agency in Delhi: Green Flags and Red Flags to Spot Before You Hire

24 Oct 2026

Green flags and red flags to check before hiring a detective agency in Delhi, Gurugram, Noida, Chandigarh or Rajasthan.

Omiyou Premium Ads
Coming soon