guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

ECOS bertindak pantas dalam pendakwaan kes kecurian elektrik

9 May 2026 · omiyou network · Law and Justice · 496 views

Kedua-dua tertuduh iaitu Mohd Yunus Ali dan Jolma Hanafi didakwa di bawah Seksyen 61(3)(a), Enakmen Bekalan Elektrik 2024. 

Kedua-dua kes itu merupakan kes pertama yang melibatkan kecurian elektrik di penempatan setinggan yang didakwa di Mahkamah dan seterusnya berjaya dijatuhkan hukuman. 

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, kes-kes itu berjaya dibawa ke peringkat pendakwaan dalam tempoh hanya 14 hari selepas serbuan Operasi Bersepadu dilaksanakan oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) pada 22 April 2026. 

Menurutnya, tindakan pantas membawa kes ke mahkamah dalam tempoh singkat  mencerminkan komitmen ECoS bersama agensi penguatkuasa lain dalam membanteras kegiatan kecurian elektrik di Sabah. 

Katanya, operasi bersepadu itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Air Sabah (JANS), Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) serta Sabah Electricity (SE). 

Menurutnya, pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ECoS, Nureen Natasha Mohd Raffie. 

Beliau berkata, operasi bersepadu akan terus dipergiatkan khususnya di kawasan penempatan setinggan bagi memastikan keselamatan awam serta integriti sistem bekalan elektrik sentiasa terpelihara. 

Katanya, satu lagi kes melibatkan sambungan elektrik haram di penempatan setinggan masih dalam proses perbicaraan di mahkamah manakala tiga kes lain masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan. 

"Selain kesalahan sambungan haram, ECoS bersama Sabah Electricity juga turut giat menjalankan operasi mencegah kecurian elektrik oleh para pengguna yang membuat usikan meter elektrik di premis mereka.

"Sejak  ECoS mengambil alih kuasa kawal selia elektrik pada tahun 2024, sebanyak 31 kes usikan meter telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman, manakala 21 kes dikenakan kompaun," katanya dalam kenyataan.

More articles

What Can Make a Prenuptial Agreement Invalid in New Jersey?

3 Sep 2026 · Law and Justice

Learn what can make a prenuptial agreement invalid in New Jersey, including issues like pressure, unfair terms, and incomplete financial disclosure.

DUI Defense Guidance Focused on Evidence, Timing, and Legal Options

28 Aug 2026 · Law and Justice

Understanding the allegations is made easier when a DUI defense lawyer Los Angeles client takes the time to go over the details of the arrest.

Before You Sign Anything: What a San Mateo Postnuptial Agreement Lawyer Wants You to Know

28 Aug 2026 · Law and Justice

Searching for a san mateo postnuptial agreement lawyer? Discover what most couples get wrong, what to look for, and how to protect your marriage and financial future.

Not Just for the Wealthy: Why Every Stuart Couple Should Consider a Prenup

25 Aug 2026 · Law and Justice

A prenuptial agreement is a contract entered into by two persons before getting married. In this agreement, all concerns regarding one’s assets, debts, and financial obli…

Omiyou Premium Ads
Coming soon