guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Enam ahli jawatan kuasa USNO digantung keahlian serta-merta

5 May 2026 · omiyou network · News and Politics · 593 views

Presiden USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, tindakan terbabit dibuat berlandaskan kuasa mutlaknya sebagai presiden parti dengan menggunakan Fasal 49.10 Perlembagaan Parti.

Menurutnya, enam ahli parti yang digantung adalah Datuk Ibrahim Linggam yang juga Timbalan Presiden USNO; Ahmad Kanajaan, Hussin Ibnu Hassan, Mohammad Hafeiz Hussin, Sazali Justi, dan Sallehudin Kasau.

Katanya, tindakan itu diambil sementara menunggu siasatan lanjut oleh Lembaga Disiplin Pusat terhadap dakwaan pelanggaran disiplin dan perlembagaan parti.

“Fasal 49.10 memberi kuasa kepada presiden untuk menggantung mana-mana ahli yang dilihat menjejaskan kestabilan parti, khususnya dalam situasi konflik dalaman yang boleh membawa perpecahan.

“Langkah itu penting bagi mengelak keadaan parti menjadi kucar-kacir selain memastikan proses siasatan dapat dijalankan secara teratur,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, ini tindakan sementara supaya keadaan tidak terus meruncing dan jawatankuasa disiplin akan menjalankan siasatan sebelum memanggil ahli berkenaan untuk memberi penjelasan.

Beliau turut menggunakan Fasal 52.1 untuk melucutkan beberapa individu yang sebelum ini dilantik sebagai Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (AMET) bagi sesi 2025 hingga 2028.

Menurutnya, enam individu yang dilucutkan sebagai AMET ialah Datu Abdul Lalih Abah, Dr Masjidin Datu Moksan, Dayang Norasiken Nonoi, Jamri Sabu, Rusulan Rahaban dan Datuk Edmund J. Doudilim.

Katanya, peruntukan itu memberi kuasa kepada presiden untuk membuat pelantikan dan penamatan jawatan dalam struktur kepimpinan parti.

“Keputusan melucutkan lantikan itu dibuat susulan tindakan mereka yang didakwa tidak sehaluan serta menjejaskan kestabilan parti ketika krisis dalaman sedang memuncak.

“Semua pemegang jawatan mempunyai tanggungjawab menjaga kesatuan parti dan tidak bertindak sehingga menimbulkan perpecahan.

“Tindakan ini dibuat bagi memastikan parti terus stabil dan tidak dipengaruhi tindakan yang boleh melemahkan organisasi,” jelasnya.

Pandikar berkata, struktur AMET akan disusun semula bagi memastikan kepimpinan parti terus berfungsi dengan berkesan.

Beliau turut menegaskan sebarang tindakan lanjut terhadap individu terlibat akan ditentukan selepas laporan penuh Lembaga Disiplin Pusat diperoleh.

Dalam pada itu, beliau menafikan tindakan yang diambil bersifat terburu-buru, sebaliknya dibuat berdasarkan peruntukan jelas dalam perlembagaan parti.

Katanya, semua pihak sepatutnya menggunakan saluran dalaman parti untuk menyuarakan pandangan, bukannya melalui kenyataan terbuka yang boleh menjejaskan imej parti.

“Tiga peluang sudah diberikan melalui mesyuarat, namun ada yang memilih untuk tidak hadir dan kemudian membuat kenyataan di luar.

“Tindakan tegas itu perlu bagi memastikan parti tidak terus berdepan ketidakstabilan yang boleh menjejaskan kedudukan dalam landskap politik negeri,” katanya.

More articles

Kenyataan Pejabat Diraja

17 Oct 2026 · News and Politics

Rabat – Berikut ialah kenyataan daripada Pejabat Diraja:

Invest in Land in New Chandigarh for Long-Term Growth

16 Oct 2026 · News and Politics

Jubilee Parkfield New Chandigarh – Premium Plotted Development in Sector 19 & 21, New Chandigarh. 161.55 acres integrated township with Punjab Govt. layout approval.Conta…

HM the King Chairs Opening of 1st Session of 1st Legislative Year of 12th Legislature

13 Oct 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, accompanied by HRH Crown Prince Moulay El Hassan

HM the King Appoints Fatima Ezzahra El Mansouri as Head of Government, Entrusts Her with Forming New Gov't

30 Sep 2026 · News and Politics

Rabat - His Majesty King Mohammed VI, may God assist Him, received on Tuesday at the Royal Palace in Rabat, Fatima Ezzahra El Mansouri,

Omiyou Premium Ads
Coming soon