guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

JKDM Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM15 juta

4 May 2026 · omiyou network · Crime · 526 views

Pengarah Kastam Negeri Sabah Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, rampasan dibuat di kawasan pemeriksaan kastam Pelabuhan Sepanggar dekat sini kira-kira jam 11.30 pagi pada 22 April lepas.

Menurutnya, satu pasukan daripada Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan Negeri Sabah bersama Pasukan Cawangan Import Eksport, Pelabuhan Sepanggar menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit hasil daripada maklumat risikan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang Selangor menemukan 15 kotak yang disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine.

"Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengikrarkan dadah terbabit sebagai barangan minuman (drink stuff) di dalam dokumen penghantaran (Bill of Lading) sebelum didapati mengandungi dadah.

"Taktik pengisytiharan sebagai barangan minuman dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa dan mengelak daripada dikesan dalam pemeriksaan awal," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu jelasnya, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan melibatkan rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan lain-lain termasuk dadah serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

Katanya, kegiatan penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. 

Selain itu, pihaknya menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat.

Menurutnya, pihak JKDM memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon