Seorang Maut Jatuh Dari Tingkat 23, Cuba Masuk Melalui Tingkap Rumah Teman Wanita

Comments · 33 Views

Seorang Maut Jatuh Dari Tingkat 23, Cuba Masuk Melalui Tingkap Rumah Teman Wanita

PENAMPANG: Seorang lelaki maut dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan, di sini, semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditemui kira-kira jam 7 malam oleh orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tingkat bawah kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, sepasukan polis ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, ketika berada di lokasi kejadian telah menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kondominium dan didapati sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal pihak polis mendapati lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan ketika memanjat untuk cuba masuk ke rumah sewa teman wanitanya melalui tingkap dibahagian dapur.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd Haris berkata, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Comments