Aksi 'Superman' tewas selepas pamer aksi bahaya di jalan raya

Comments · 28 Views

Aksi 'Superman' tewas selepas pamer aksi bahaya di jalan raya

KUALA TERENGGANU: Tiga ‘mat rempit’ yang menunggang motosikal dengan lagak 'Superman' dan 'zig-zag' tewas selepas ditahan di sebuah stesen minyak di Sungai Tong, Setiu pada Jumaat.
Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam ketika pegawai serta anggota Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu yang melakukan tinjauan dalam Ops Samseng Jalanan di KM 423 hingga 433 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).
 
Ketua JSPT Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, ketika melakukan tinjauan di laluan berkenaan, pihaknya terserempak dengan sekumpulan penunggang motosikal.
 
Abd Razak berkata, selain menyita tiga buah motosikal, pihaknya turut mengeluarkan 14 saman membabitkan pelbagai kesalahan seperti ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran, ubah suai aksesori, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.
 
Tegas Abd Razak, pihaknya memandang serius aktiviti tidak sihat ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang.
 
Justeru operasi berterusan, katanya, akan dilakukan bagi mengekang aktiviti tidak sihat ini yang bukan hanya berbahaya kepada penunggang itu sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain.
 
Comments