guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Penaung NGO bergelar 'Datuk' dalang edar dadah diberkas Di Sabah

27 Dec 2023 · omiyou network · 9,084 views

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 40 tahun yang juga ahli perniagaan antara 10 individu yang ditahan dalam serbuan pada jam 2.30 pagi.

"Kita menahan dua individu yang juga peniaga dan pembantu peribadi, seorang penjawat awam berperanan sebagai transporter bagi sindiket itu, seorang individu lagi disyaki keldai dadah serta dua lelaki merupakan pengedar dadah.

"Kita menahan dua individu yang bekerja sebagai penyelia tapak dan pengarah urusan rangkaian restoran yang berperanan menguruskan kewangan sindiket serta seorang penganggur merupakan tonto sindiket itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pada Selasa.

Ayob Khan berkata, sindiket pengedaran dadah syabu itu dipercayai aktif sejak 2015.

"Risikan mendapati sindiket terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran antarabangsa dan tempatan.

Mereka mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran di Semenanjung untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah, Filipina dan Indonesia," katanya.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai membawa dadah ke Sabah dengan menggunakan keldai dadah menerusi syarikat penerbangan komersial dan kiriman kargo laut.

"Bekalan dadah akan disimpan di Sabah sebelum diagihkan kepada pengedar-pengedar sindiket, sebelum diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina," katanya.

Ayob Khan berkata, hasil siasatan awal polis mengesan ahli sindiket berusia 30 hingga 48 tahun itu memiliki pelbagai aset seperti kenderaan mewah, banglo dan 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia, minyak dan gas serta pembuatan.

"Kita turut mengesan sebuah feri dan rangkaian restoran yang dimiliki oleh ahli sindiket berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Siasatan di bawah SOSMA adalah bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh.

"Siasatan juga sedang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," katanya.

 

More articles

Multi-channel Physiological Recorder Market to Reach USD 1.72 Billion by 2034 at 5.7% CAGR as Advanced Patient Monitorin

30 Oct 2026

According to a report by IntelMarketResearch, the global Multi-channel Physiological Recorder Market was valued at USD 1,046.0 million in 2025 and is estimated to reach U…

CRM Best Practices: 12 Strategies to Improve Customer Relationships and Sales

29 Oct 2026

Discover 12 CRM best practices to improve data quality, sales processes, customer relationships, automation, and CRM adoption for long-term business growth.

Apple’s iPhone Duo Faces Backlash As Users Report Cracks On Folding Screen

28 Oct 2026

Apple’s first foldable smartphone, the iPhone Duo, is facing criticism from early buyers after reports of cracks appearing along its folding display.

Detective Agency in Delhi: Green Flags and Red Flags to Spot Before You Hire

24 Oct 2026

Green flags and red flags to check before hiring a detective agency in Delhi, Gurugram, Noida, Chandigarh or Rajasthan.

Omiyou Premium Ads
Coming soon