guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

Tiga beranak melecur dapur rumah terbakar

27 Apr 2026 · omiyou network · NewsPaper · 679 views

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, kebakaran membabitkan rumah jenis kekal berkeluasan 93 meter persegi dengan anggaran kemusnahan 45 peratus di bahagian dapur.

Mangsa terlibat ialah David Adam, 36, isterinya Evonith Paguia Ehip, 26, serta anak perempuan mereka, Galilee Georgia David Adam, 4.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan 10 anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

“Lelaki berusia 36 tahun itu sudah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Isteri dan anak mangsa pula diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang kira-kira 61 meter dengan dua pancutan air daripada jentera bomba.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.39 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.20 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi,” katanya.

More articles

Perkembangan Terkini dalam Hubungan Maghribi–Sepanyol: Penjelasan daripada Kementerian Luar Negeri Maghribi

11 Sep 2026 · NewsPaper

Rabat – Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Rakyat Maghribi di Luar Negara telah memberikan penjelasan mengenai perkembangan terkini dalam hubungan an…

The Home AB

2 Jul 2026 · NewsPaper

The Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home ABThe Home AB

Punjabi News Portal

26 Jun 2026 · NewsPaper

Punjabi News Portal Aj Di Awaaj Channel is a vigorous Punjabi news and media channel based on providing reliable, timely and community oriented news and content. The chan…

Mostbet Casino

12 Jun 2026 · NewsPaper

Mostbet Casino PL — logowanie to jak przekroczenie progu cyfrowego teatru, w którym każda gra odgrywa własny scenariusz.

Omiyou Premium Ads
Coming soon