Mayat lelaki ditemui dalam kereta di parkir Car Boot Sale, mangsa tinggalkan nota pesanan terakhir

Comments ยท 286 Views

Kegembiraan pengunjung car boot sales Kota Damansara bertukar cemas apabila sebahagian daripada mereka menjumpai mayat seorang individu yang tidak dikenali identitinya di dalam sebuah kenderaan di tempat letak kereta kawasan berkenaan

Kejadian itu dikongsikan seorang individu yang dikenali sebagai @ciraplaici menerusi ciapan yang dibuatnya di aplikasi

Menerusi ciapan tersebut, @ciraplaici memaklumkan bahawa mayat tersebut disedari oleh orang ramai selepas terhidu bau yang sangat busuk di sekitar kawasan tempat letak kereta car boot sales tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka apabila menjumpai jasad seorang lelaki yang sudah tidak lagi bernyawa.

Ada orang jumpa mayat seorang individu dalam kereta itu. Dengarnya mayat dah lama dalam tiga atau empat hari tapi orang baru perasan sebab dah berbau.

Dalam pada itu, individu tersebut turut berkongsi tangkap layar memaparkan penjelasan dibuat seorang individu lain yang dipercayai berada di tempat kejadian mengenai kejadian tersebut.

Menurut dakwaan individu tersebut, mangsa dipercayai mencabut nyawanya sendiri dan meninggalkan salinan kad pengenalannya di atas papan pemuka kenderaannya.

Saya tak sempat cerita kejadian tadi, saya sempat buat siaran langsung di TikTok tetapi pihak polis tak bagi rakam.

Memang ada bau busuk, ingatkan najis haiwan tapi dari jauh dah bau. Lepas itu, ada orang nampak mayat seorang lelaki yang sudah kembung macam belon di dalam kereta.

Ada salinan kad pengenalan di atas ‘dashboard’ kereta dia. Orang ramai lambat perasan sebab hujan dari pagi.

Polis sahkan mayat lelaki dalam kereta mati lebih dari lima hari

Polis mengesahkan mayat seorang lelaki di dalam kereta jenis Perodua Bezza di kawasan parkir car boot sale Damansara, Kota Damansara, di sini, telah meninggal dunia lebih lima hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat tersebut sekitar pukul 12.04 tengah hari, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan dijumpai dalam keadaan terbaring di ruangan pemandu kereta terbabit.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dalam tempoh melebihi lima hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambah M Hussin, pihaknya memerlukan orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh berhubungan secara terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintendan, Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062 bagi membantu siasatan,” katanya.

Image

Image

Image

Image

Comments