guest ▾
Omiyou Premium Ads

« Blog

3 remaja ditahan kes rogol pelajar di Tawau

23 Apr 2026 · omiyou network · Crime · 466 views

Semua suspek berusia antara 15 hingga 16 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.50 petang oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai di perkarangan Pondok Polis Merotai.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata tangkapan dibuat susulan laporan yang diterima daripada ibu mangsa pada jam 4.43 petang hari sama.

Katanya, kes berkenaan terbongkar selepas mangsa, pelajar tingkatan tiga, memaklumkan kejadian itu kepada guru kaunseling sebelum perkara berkenaan dimaklumkan kepada ibunya.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu apabila mangsa dibawa seorang suspek, yang juga pelajar tingkatan lima, menaiki kereta ke sebuah rumah sebelum dirogol.

“Mangsa turut mendakwa sering dimalukan serta diejek dengan kata-kata tidak senonoh oleh rakan-rakan suspek di sekolah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua lagi suspek kemudian ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam kejadian itu.

“Semua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jasmin menegaskan, polis memandang serius jenayah seksual dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit, termasuk mereka yang bersubahat.

“Polis akan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan serta pergaulan anak-anak, selain peka terhadap perubahan tingkah laku mereka.

Katanya, kerjasama antara ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat amat penting dalam membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.

More articles

Which Legal Problems Can Property Lawyers in Delhi Solve Effectively

6 Jul 2026 · Crime

One of the biggest concerns while purchasing any property is confirming whether the seller has legal ownership.

Top 10 Questions to Ask Criminal Lawyers in Delhi Before Hiring Them

3 Jul 2026 · Crime

Here are the top 10 questions you should ask before hiring a criminal lawyer.

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli di asrama tenom

23 Jun 2026 · Crime

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekol…

Wanita ditahan polis rampas air dan daun ketum di Putatan

23 Jun 2026 · Crime

PENAMPANG: Seorang wanita tempatan ditahan selepas polis merampas sejumlah cecair dan daun disyaki ketum dalam satu serbuan di Kampung Ulu Seberang, Putatan, pada Jumaat…

Omiyou Premium Ads
Coming soon